Wednesday, 16 May 2012

MANHAJ HIDUP MUSLIM BAB 9


CIRI-CIRI ISLAM YANG SEBENARNYA

"Katakanlah: 'Sesungguhnya salatku, 'ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)' ". (Surah, Al-An'am, Ayat: 162—163).

Ayat tersebut di atas dijelaskan oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya:

"Barangsiapa yang menjalin persahabatan kerana Allah, menyatakan permusuhan kerana Allah, dan meninggalkan sesuatu kerana Allah, maka sesungguhnya ia telah melengkapkan imannya, yakni menjadi orangMu'min yang sempurna".

Islam adalah bahawa manusia wajib mempersembahkan seluruh kerjanya, hidup dan matinya semata-mata untuk Allah dan tidak membahagi hak Allah dalam hal ini dengan yang lainnya.
          Penjelasan yang diberikan oleh Rasulullah di atas, merupakan syarat yang mesti dipenuhi oleh seorang Muslim dalam menjalin hubungan persahabatan ataupun permusuhan dengan orang lain serta dalam menangani urusan-urusan dunianya. Hal-hal tersebut hendaklah
dilakukan dengan niat semata-mata untuk mencari keredhaan Allah, dan dilakukan menurut aturan-aturan yang telah digariskanNya.
            pandangan yang keliru yang timbul kerana pada umumnya orang tidak membezakan antara Islam RASMI dengan Islam yang sebenarnya menurut pandangan Allah.

PERBEZAAN ANTARA ISLAM RESMI DAN ISLAM YANG SEBENARNYA

1. Islam RASMI
Dalam Islam RASMI yang penting bagi seseorang bukanlah apa yang ada dalam hati dan fikirannya, tetapi adalah pengakuan lahiriyyahnya, tanpa mengira apakah ia memperlihatkan tanda-tanda pokok yang diperlukan bagi pengakuannya itu atau tidak. Apabila seseorang mengakui dengan lisan bahawa ia percaya kepada Allah, RasulNya, pada Al-Qur'an, hari akhirat dan rukun-rukun iman yang lain, lalu memenuhi syarat-syarat yang diperlukan yang membuktikan pengakuannya itu, maka ia akan diterima dalam lingkungan Islam dan orang akan berurusan dengannya sebagaimana halnya dengan seorang Muslim.

2. Islam yang sebenarnya
Pengakuan yang sejati adalah pengakuan yang disertai peneguhan dalam hati dan diikuti dengan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah dengan penuh kemahuan. Pengakuan secara lisan di dunia ini hanyalah diperuntukkan bagi Tuan Kadi dan masyarakat pada umumnya, kerana mereka hanya boleh melihat hal-hal yang lahiriyyah saja. Tetapi Allah melihat ke dalam hati dan batin seseorang, dan menyentuh iman yang ada di dalamnya. Kayu ukur yang dipakai Allah

DUA MACAM ORANG ISLAM

1. Islam Setengah-setengah
Yang pertama, yang menyatakan diri sebagai Islam adalah mereka yang — setelah mengaku beriman kepada Allah dan UtusanNya — menerima Islam sebagai agama mereka, tetapi mereka memperlakukan agama mereka itu hanya sebagai suatu bahagian dari keseluruhan hidup mereka. Dari satu segi, pada diri mereka tampak pernyataan hubungan dengan Islam, banyaknya 'ibadat, pemakaian tasbih, salat, dzikr, pelaksanaan kesucian dalam hal makanan dan sebahagian hubungan-hubungan sosial, dan Iain-lain hal yang pada umumnya biasa disebut sikap orang yang beragama. Tetapi di segi lain, sikap hidup seluruh mereka sama sekali tidak mencerminkan Islam dan tidak dihubungkan dengan Islam.

2. Islam Sepenuhnya
Watak golongan orang Islam yang kedua adalah orang-orang yang keleburkan sepenuhnya keperibadian dan wujud mereka ke dalam Islam. Semua kedudukan yang mereka pegang terlebur ke dalam kedudukan mereka sebagai Muslim. Peranan mereka sebagai ayah, anak, suami atau isteri, peniaga, pegawai kerajaan, buruh, pegawai atau profesional, akan mencerminkan watak seorang Muslim. Perasaan, keinginan-keinginan dan ideologi mereka, fikiran-fikiran dan pendapat-pendapat mereka, kebencian dan kecenderungan-kecenderungan mereka, kesenangan dan ke-tidak-senangan mereka, pendeknya dari segala segi keperibadian dan wujud manusiawi mereka, tunduk dan terlebur ke dalam Islam. Islam sepenuhnya mempengaruhi hati dan fikiran mereka, mata dan telinga mereka, perut dan bahagian-bahagian seksual tubuh mereka, kaki dan tangan mereka — pendeknya seluruh jiwa dan raga mereka.




MEMERIKSA DIRI

Bila anda mengakui telah menerima Islam dan menyatakan iman kepadanya, periksalah apakah benar bahawa hidup dan mati anda adalah benar-benar untuk Allah saja? Apakah hidup, akal fikiran, tenaga yang ada pada jiwa dan raga anda, waktu dan usaha-usaha anda, semuanya anda abdikan untuk memenuhi kehendak Allah? Apakah yang harus anda kerjakan untuk menunjang tercapainya tugas yang telah diberikan Allah kepada umat Islam? Selanjutnya, apakah anda telah memberikan seluruh kepatuhan dan pengabdian anda sepenuhnya kepada Allah? Apakah pelayanan kepada hawa nafsu dan pengabdian kepada keluarga, saudara-saudara, handai-taulan, masyarakat dan penguasa negara, telah sepenuhnya terhapus dari jiwa anda? Sudahkah anda mengukur suka dan benci anda, seluruhnya tergantung pada kehendak Allah? Kemudian anda
juga harus memeriksa apakah apabila anda mencintai seseorang, Hal itu anda lakukan kerana Allah atau tidak; apakah apabila anda membenci seseorang, juga kerana Allah? Apakah dalam cinta dan benci anda tidak terkandung unsur egoisme atau keangkuhan? Sekali lagi, anda harus memeriksa apakah tindakan anda dalam memberi atau tidak memberi sesuatu kepada seseorang juga telah anda lakukan kerana Allah.

Kejayaan anda yang sebenarnya terletak dalam penilaian yang diberikan oleh Allah, bahawa anda adalah seorang Mukmin, bukannya seorang munafik, seorang beriman, bukannya seorang kafir.

No comments:

Post a Comment