Wednesday, 28 November 2012

Atas alasan apakah ia akan memasuki neraka??


Maslamah bin abdul malik bercerita: “suatu hari,selepas solat Subuh aku pergi menziarahi Umar Abdul Aziz. Ketika itu, Umar berada di sebuah bili yang biasanya beliau duduk bersendirian di dalamnya selepas solat Subuh. Pada saat itu,tiada sesiapa pun yang dibenarkan masuk untuk berurusan dengan beliau.

“tiba-tiba datang seorang khadam perempuan membawa Sebeka buah tamar sihanly untuknya. Umar sangat sukakan buah tamar. Umar lalu mengambil sebahagian buah tamar tersebut dengan kedua-dua telapak tangannya sambil berkata kepadaku: “wahai maslamah! Apakah pandanganmu terhadap seorang lelaki yang memakan semua buah tamar yang berada pada kedua telapak tanganku,ini dan selepas itu, ia pun meminum segelas air. Sesungguhnya  minum air selepas memakan buah tamar adalah suatu amalan yang baik. Persoalannya,adakah buah tamar yang dimakannya itu sudah cukup untuk mengenyangkan sehingga waktu malam?

Jawabku: “aku tidak pasti, wahai amirul mukminin!”

Umar kemudian megambil sekali lagi buah tamar tadi dengan kedua-dua telapak tangan. Tetapi kali ini ia lebih banyak dari yang sebelumnya. Lalu beliau bertanya lagi kepadaku: “kalau sebanyak ini.”

Jawabku: “ya, wahai amirul mukminin ! kalau sebanyak ini, lelaki tersebut akan mampu bertahan sehingga ke wakt malam tanpa perlu mengambil mana-mana makanan selainnya.”
Lalu umar katakana kepadaku: “atas alas an apakah lagi ia mesti memasuki neraka?”

Kalau lihat cerita di atas, kita boleh amik ibroh/pengajaran,

Genggaman buah tamar tadi boleh diibaratkan sebagai *syahadah haq (qauliyah @ fi’liyah) yang boleh kita sampaikan kepada umat islam mahupun bukan islam.(bedasarkan kemampuan seseorang).

Kekenyangan(mampu bertahan) boleh diibaratkan sebagai penerimaan seseorang yang tidak lagi memahami syahadah.

*SYAHADATUL AL-HAQ bermaksud Pengakuan Sebenar Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah.“Syahadah Al-Haq” bukan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat. Malah tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang-orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil. Maksudnya di sini adalah kita perlu melaksanakan tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran.



يُبَصَّرُونَهُمْ يَوَدُّ الْمُجْرِمُ لَوْ يَفْتَدِي مِنْ عَذَابِ يَوْمِئِذٍ بِبَنِيهِ (11) وَصَاحِبَتِهِ وَأَخِيهِ (12) وَفَصِيلَتِهِ الَّتِي تُؤْوِيهِ (13) وَمَنْ فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ يُنْجِيهِ (14(al-Maarij:11-14)           
 11. Sedang mereka saling melihat. Orang kafir ingin kalau sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab hari itu dengan anak-anaknya. 12. Dan isterinya dan saudaranya. 13. Dan kaum familinya yang melindunginya (di dunia). 14. Dan orang-orang diatas  bumi seluruhnya, kemudian (mengharapkan) tebusan itu dapat menyelamatkannya.

Dalam ayat ini menerangkan bahwa orang-orang kafir mengharapkan pada hari itu agar terlepas dari azab yang mereka derita itu, dengan cara menebus diri dengan anak-anak mereka, isteri-isteri mereka, saudara-saudara mereka, kaum mereka, dan manusia yang ada dibumi yang semuanya itu saling membantu selama dibumi. Karena demikianlah yang mereka lakukan selama didunia, saling tolong menolong meskipun mereka berbuat kejahatan dan kezaliman. (Kesengsaraan dan penderitan pada hari kiamat itu sangatlah berat, sehingga orang tidak dapat memikirkan nasib orang lain.)

Atas alas an apakah ia akan memasuki neraka??




No comments:

Post a Comment