KESEJAHTERAAN
MANUSIA TERLETAK PADA KEPATUHAN
TERHADAP ALLAH
"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Allah pelindung orang-orang yang beriman: Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran)kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya".
(Surah Al-Baqarah: Ayat 256—257).
PATUH KEPADA SELAIN
ALLAH ADALAH
PENYELEWENGAN
Anda tahu bahawa
hidup anda terikat oleh beribu mata rantai hubungan. Hubungan anda yang pertama
adalah dengan jasad anda sendiri. Tangan, kaki, mata, telinga, lidah, otak,
hati, perut, semuanya diberikan Allah untuk melayani kepentinganmu. ikatan
dengan anggota keluarga anda. hubungan dengan beribu manusia di dunia ini.
Pendeknya, anda, tidak
dapat tidak, mesti terus-menerus berurusan dengan begitu banyak orang yang
tidak mampu anda hitung. Dan kebahagiaan anda, kehormatan dan nama baik anda di
dunia ini, semuanya tergantung pada kemampuan anda untuk mempertahankan hubungan-hubungan
ini atas dasar tingkah laku yang benar. Dan sama halnya,
di akhirat nanti anda boleh memperoleh tempat terhormat di sisi Allah, hanya
apabila anda tidak pernah merampas hak-hak seseorang dan tidak pernah
berlaku zalim terhadap siapapun. Anda akan memperoleh tempat terhormat
di akhirat nanti, apabila di sana tidak ada yang menuntut dan menuduh anda
telah merosakkan kehidupan atau merugikan kehormatan, hidup atau harta benda
seseorang secara tidak sah. Kerana itu anda juga harus memutuskan bagaimana memelihara
hubungan-hubungan yang tidak terhitung banyaknya ini dengan cara yang sepatutnya,
dan menghindarkan perbuatan-perbuatan yang boleh merosak hubungan ini.
Bila anda berusaha
mencari pengetahuan tentang semua hal ini dalam diri anda sendiri, anda tidak
akan mendapatkannya kerana diri manusia (nafs) sendiri
adalah jahil. Apalagi yang dipunyai nafsu itu selain dorongan-dorongan keinginan
jasmani. Apabila anda menyerahkan diri kepada nafsu yang jahil dan menyeleweng
itu, tentu ia akan menyeret anda menjadi orang yang hanya mementingkan diri
sendiri, menjadi orang yang berakhlak buruk dan rosak, hidup anda akan hancur
di dunia dan di akhirat nanti.
Hal kedua yang mungkin terjadi dari mengikuti nafsu
anda sendiri, adalah anda mempercayakan diri pada manusia-manusia seperti
anda sendiri, dan menyerahkan diri anda kepada kekuasaan mereka dan membiarkan
mereka menyeret anda ke mana saja mereka kehendaki. Pendeknya, dengan
mempercayakan diri pada orang Iain, anda tidak akan mendapatkan petunjuk
pengetahuan yang dapat membimbing anda untuk membezakan mana yang benar dan
mana yang salah, dan anda tidak akan dapat menempuh jalan yang benar dalam
hidup di dunia ini.
BAGAIMANA MEMPEROLEH
MANFAAT DARI BIMBINGAN ILAHI?
Diperlukan dua hal
untuk memperoleh manfaat dari petunjuk yang diberikan Allah.
Pertama, percaya
sepenuhnya kepada Allah dan Rasul-Nya yang membawa petunjuk itu.Ertinya, anda harus
betul-betul yakin bahawa petunjuk apa pun yang diberikan oleh Rasulullah
berdasarkan Wahyu Ilahi adalah mutlak benar, lepas dari apakah anda
memahami kebijaksanaan yang ada di sebalik petunjuk itu atau tidak.
Kedua, setelah
mempercayai petunjuk itu, anda harus segera menurutinya; kalau tidak, anda
tidak akan memperoleh hasil apa-apa. Misalkan ada seseorang yang mengatakan
kepada anda bahawa suatu makanan mengandungi racun yang mematikan, kerana itu
jangan dimakan. Lalu anda berkata: "Kamu pasti benar. Makanan itu tentu
mengandungi racun dan boleh mematikan". Tetapi setelah mempercayai hal itu
anda lalu memakan makanan itu. Tentu saja akibatnya akan sama saja dengan
apabila anda memakannya tanpa tahu bahawa makanan itu beracun.
Itulah sebabnya Allah
berulang-ulang menegaskan:
"Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul-Nya ...". (Surah, Al-Ma"idah, Ayat: 92). "... Dan jika kamu taat kepadanya (Rasul), nescaya kamu mendapat petunjuk ...". (Surah, Al-Nur, Ayat: 54).
Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain). Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih".(Surah, Al-Nur, Ayat: 63).
ERTI PATUH KEPADA
ALLAH DAN RASULULLAH
Tidak boleh
mengikuti perkataan orang begitu saja, tapi mestilah anda selalu memeriksa
apakah orang yang menyuruh anda melakukan sesuatu itu berdasarkan
ajaran-ajaran Allah dan Rasul-Nya. Apabila perkataan orang itu memang sesuai
dengan ajaran Allah dan Rasul-Nya, maka anda harus mengikuti perkataannya,
kerana hal itu bererti bahawa anda mengikuti Allah dan Rasul-Nya, bukannya orang
itu sendiri. Tetapi bila perkataannya itu tidak sesuai dengan ajaran Allah dan
Rasul- Nya, maka anda tidak boleh mengikutinya kerana seorang Muslim tidak
boleh mengikuti perkataan siapa pun selain yang datang dari Allah dan
Rasul-Nya. Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam sendiri telah pulang ke rahmat-Nya,
kira-kira seribu empat ratus tahun yang lalu. Perintah-perintah Allah yang disampaikan
kepada beliau tersimpan dalam Al-Qur'an dan perintah-perintah beliau sendiri
yang berdasarkan perintah Allah tersimpan dalam Hadith. Tetapi Al-Qur'an
dan Hadith bukanlah manusia-manusia yang akan pergi ke mana-mana dan memberikan
perintah. Mereka tidak boleh datang kepada anda dan memberikan perintah untuk melakukan
hal-hal tertentu, dan melarang melakukan hal-hal tertentu. Dalam hal ini hanya manusia
sajalah yang dapat membantu anda menyesuaikan tingkah laku anda sesuai dengan
ajaranajaran Al-Qur'an dan Hadith. Kerana itu, apabila anda memang tidak
memiliki sendiri Al- Qur'an dan kumpulan-kumpulan Hadith yang bersangkutan
dengan masalah kehidupan anda, maka tak ada jalan lain bagi anda selain
mengikuti petunjuk-petunjuk dari orang yang tahu akan kedua sumber
tersebut. Tetapi anda tidak boleh mengikuti perkataannya secara membuta saja,
tetapi mestilah memeriksa apakah perkataannya itu sesuai dengan Al-Qur'an dan
Hadith atau tidak. Bila orang tersebut memberi bimbingan kepada anda
berdasarkan Al-Qur'an dan Hadith, maka wajiblah bagi anda untuk mengikutinya.
Tetapi bila perkataannya tidak sesuai dengan Al-Qur'an dan Hadith maka anda
dilarang untuk mengikutinya.
No comments:
Post a Comment