Setiap
nafas yang dihembus
Setiap
degupan jantung
Aku
selalu memikirkanmu
Dalam
sedar dibuai angan
Dalam
tidur dan khayalan
Aku
selalu memikirkanmu
Ternyata
ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah
terasa ku bernyawa
ALLAH
ku amat mencintaimu
Kerana
kau beri ERTI HIDUP
Ku
kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di
kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku
bersyukur adanya kamu
Biarlah
kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal
masih bersama kamu
Assalamualaikum semua..ehhhh…
Cuba
anda semua perhatikan dengan teliti lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain ini.
Kiasan yang amat tinggi dalam memuja atau untuk menunjukkan kasih sayangnya
terhadap kekasihnya.
‘ setiap nafas, degupan jantung, dibuai angan ke, tidur ke,de akan tetap memikirkan kekasihnya. Terasa diri ini hidup @ bernyawa jikalau dapatkan cinta dari kekasihnya. Dia mencintai kekasihnya kerana kekasihnya beri dia ERTI KEHIDUPAN sebenar dan dia tak kan melupainya dan mencintainya sampai bila-bila. Bila ada masalah yang melanda,dia bersyukur kerana ada kekasihnya tadi di sisinya yang akan membantunya. Baginya,tak kesahlah hilang apa sekalipun, yang penting kekasihnya itu tetap bersamanya.’
Cuba tukar perkataan yang di boldkan itu,dengan kalimah ALLAH. Memang superb bagi saya jika ada insan yang dapat mengadaptasikan lagu ini seperti mana yang saya maksudkan. Itulah fitrah manusia mencari cinta hakiki yakni cinta ALLAH dan Rasulnya. ‘ Asal jiwakan dekat pada penciptanya’. Pengalaman yang telah disusun oleh Sang Khalik telah memberi ERTI HIDUP kepadaku. Pengalamanku di bangku sekolah, di peringkat Universiti , ketika bekerja dan kehidupan seharianku. Cerita ini kalau nak diunggkap satu persatu memang tak habis kerana ERTI HIDUP yang sebenar Allah berikan tak ternilai hebatnya, jadi cukup sampai di sini.
sahabat yang sentiasa mendambakan CINTA dari Sang Khalik.. |
Yang penting saya
harapkan anda semua dapat kefahaman yang kamil di sisi Islam. Jadi biarlah saya
mengungkapkan kata-kata sedikit tetapi dapat bermanfaat terhadap semua orang.
Pesanan akhir, Ingat bahawa kaedah Islam ( ما لا يدْرك كله لا يترك كله ) ‘apa yang tak dapat dibuat semua , jangan
ditinggalkan semua’. Akhir kalam, setakat ini sahaja penjelasan saya
terhadap ERTI HIDUP. Yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu datang
dari atas kelemahan diri saya sendiri. Wabilahi taufik walhidayah
wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
mantap arr...satu analogi hebat !!!
ReplyDeleteteruskan ubah lgu lain plak akhi...
suggest : dan bila esok (sofazr)