TUJUAN BERIMAN KEPADA KALIMAH
TAYYIBAH
Mana mungkin setiap perbuatan kita
dilakukan tanpa tujuan????? Sememangnya kita lakukan setiap pekara mesti
bersebab ataupun bertujuan. Kita minum air untuk menghilangkan dahaga, kita
makan untuk menghilangkan rasa lapar, dan kita tidur sememangnya untuk
menghilangkan rasa mengantuk. Pendek kata, pekerjaan apa pun yang anda lakukan di
dunia ini, selalunya ada maksud dan tujuannya. Bila tujuan dapat dicapai, anda katakan
bahawa pekerjaan itu bagus, dan bila tujuan tidak tercapai, anda akan
mengatakan pekerjaan itu teruk.
Begitu juga dengan mengucap kalimah tayyibbah . Kerana apa anda mengucap kalimah suci itu???? Adakah kerana ingin membezakan antara Islam dan Kafir??? Jika begitu, dimanakah perbezaan tersebut??? Perbezaan itu bererti bahawa ada perbezaan antara hasil-buah dari hidup seorang Muslim dengan hasil-buah dari hidup seorang kafir. Hasil-buah hidup seorang kafir adalah bahawa ia tidak menerima rahmat Allah dan menjadi orang yang sengsara di akhirat nanti, sedangkan hasil-buah hidup seorang Muslim adalah bahawa ia akan menerima ridha Allah dan mendapat kemuliaan di akhirat.
KEGAGALAN DAN KEJAYAAN DI AKHIRAT

Apa pula erti kejayaan dan kegagalan di akhirat???
Jawapannya
sudah diberikan oleh Rasulullah SAW yakni Ad-dun ya mazra'atul akhirah, Dunia
adalah ladang akhirat.
Ini menunjukkan dunia dan akhirat adalah dua hal yang saling melengkapi antara satu sama lain. Dunia ini adalah laksana ladang tempat bercucuk tanam. Manusia dikirim ke ladang ini dengan tujuan agar ia bekerja keras dengan tangannya sendiri untuk memperoleh hasil yang dapat dini'matinya nanti bagi dirinya sendiri. Untuk itu ia telah diberi waktu dari saat lahirnya hingga mati. Apa pun jenis tanaman yang ditanamnya pada masa hidupnya, hasil tanaman itu jugalah yang akan dipetiknya dalam hidupnya sesudah mati nanti, dan hasil itu pula yang akan menjadi makanannya selama hidupnya di akhirat.

Bila seseorang telah menanam
tanaman yang baik di ladang dunia ini pada masa hidupnya dan telah merawatnya
dengan air yang berlimpah-limpah dan dengan pengawasan yang cermat, maka bila
ia telah berpindah ke dunia yang akan datang, maka akan didapatinya buah dari
jerih payahnya itu dalam bentuk tanaman berbuah lebat yang siap untuk
dinikmatinya. Di sana nanti ia tidak perlu lagi bekerja keras kerana ia akan
hidup senang meni'mati hasil tanaman yang telah ditanamnya dengan kerja
susah-payah selama masa hidupnya di dunia ini. Hidup senang inilah yang disebut
syurga dan kejayaan di akhirat. Sebaliknya, barangsiapa yang dalam hidupnya di
dunia ini menaburkan duri dan menanam tanaman yang pahit dan beracun, maka ia
akan memperoleh hasil dari jenis tanaman yang sama dalam hidupnya yang akan datang
nanti. Di sana ia tidak akan mendapat kesempatan lagi untuk menebus
keburukannya dan menanam tanaman yang baik setelah membakar tanamannya yang
buruk sebelumnya. Dan tentu saja ia akan terpaksa memakan hasil tanaman
buruknya yang telah ditanamnya dalam hidupnya di dunia ini. Ia akan terpaksa
tidur di atas duri-duri yang telah ditanamnya. Inilah yung dimaksud dengan
kesengsaraan dan kegagalan di akhirat itu. Keterangan tadi menunjukkan bahawa kegagalan
dan kejayaan seseorang dalam hidup sesudah mati nanti, serta nasib baik atau
buruknya, sebenarnya tergantung dari benar atau tidaknya pengetahuan dan
perbuatannya di dunia ini.
PENGETAHUAN APA YANG DIAJARKAN OLEH KALIMAH TAYYIBAH?
1.
Penghambaan diri kepada Allah
Hal
pertama yang anda pelajari dari kalimah ini adalah bahawa anda adalah budak dari
Allah. Setelah mengetahui hal ini, maka secara langsung anda akan mengerti
bahawa di dunia ini anda harus berbuat sesuai dengan kehendak Dia yang menjadi
Tuan dan Pemilik anda. kerana bila anda berbuat bertentangan dengan
kehendakNya, bererti anda telah memberontak terhadapNya.
2. Kepatuhan
kepada Muhammad (SAW)
Setelah
memahami hal di atas, maka pengetahuan kedua yang anda peroleh dari kalimah ini
adalah bahawa Muhammad SAW adalah Utusan Allah. Dan setelah Mengetahui hal ini,
jelaslah, dengan sendirinya cara-cara yang anda tempuh dalam menanami dan
merawat ladang dunia anda, mestilah menurut cara-cara yang telah diajarkannya
kepada anda. Bila anda mengikuti cara yang diajarkannya, maka anda akan memperoleh
hasil yang baik di akhirat nanti. Tetapi bila anda bekerja tidak sesuai dengan cara
yang diajarkannya, maka bererti anda hanya menanam duri saja di dunia ini dan
akan menuai duri pula di akhirat nanti.
PERBUATAN MESTI
SESUAI DENGAN PENGETAHUAN
Seseorang yang di mulut mengakui Allah sebagai Pemilik dan Penguasanya dan
Muhammad SAW sebagai Utusan Allah, dan juga percaya akan hidup sesudah mati,
tapi perbuatan-perbuatan dan tingkah-lakunya bertentangan dengan ajaran-ajaran Al-Quran
dan Sunnah Rasulullah, maka imannya yang demikian itu adalah iman yang lemah.
Sebagaimana ia yakin bahawa ia tidak akan memperoleh hasil tanpa bertanam, demikian
pula apabila ia yakin bahawa tanamannya yang buruk akan menghasilkan buah yang buruk
pula, tentulah ia tidak akan lengah tentang hal ini. Tak seorang pun yang
dengan sengaja dan sedar mahu menanam duri untuk untuk dirinya. Hanya orang
yang tidak percaya bahawa benih duri akan menghasilkan duri sajalah, dan bahawa
duri itu akan merugikan dirinya sendiri sajalah, yang akan melakukan hal itu.
Anda tentu tidak akan mahu dengan sedar memegang bara api kerana anda yakin
bahawa bara itu akan membakar tangan anda. Hanya bayi kecil dan orang gila
sajalah yang mahu meletak tangannya dalam api, kerana memang tidak tahu
akibatnya.
No comments:
Post a Comment