Sunday, 22 April 2012

bab 2(manhaj hidup muslim)

2 hal yang membezakan seorang Muslim dengan seorang kafir. Yang pertama adalah pengetahuan dan yang kedua perbuatan.

Pengetahuan bererti bahawa seorang Muslim harus tahu siapa Tuhannya, apa perintah-perintahNya, bagaimana cara-cara untuk menuruti kehendakNya, perbuatan-perbuatan mana yang disukaiNya dan mana yang tidak disukaiNya. Bila ia sudah tahu akan hal-hal tersebut, maka langkah yang kedua ialah bahawa ia harus menjadikan dirinya sebagai hamba dari Tuhannya, melaksanakan kehendak-kehendakNya, dan mengabaikan kemahuan-kemahuannya sendiri. Bila hatinya ingin melakukan sesuatu perbuatan, tapi perbuatan itu bertentangan dengan perintah Tuhannya, maka ia mesti meninggalkan keinginannya sendiridan melaksanakan perintah Tuhannya. Apabila suatu perbuatan kelihatan mulia di matanya, tapi Tuhannya mengatakan bahawa perbuatan itu hina, maka ia harus memadangnya hina pula. Sebaliknya, bila suatu perbuatan nampak hina di matanya, tapi Tuhannya mengatakan mulia, maka ia mesti memandangnya mulia pula. Apabila ia melihat bahawa suatu pekerjaan mengandungi bahaya, tapi Tuhannya mengatakan bahawa pekerjaan itu harus dilakukan, maka bagaimanapun juga ia mesti mengerjakannya, walaupun ia mungkin akan kehilangan harta benda atau bahkan nyawanya. Sebaliknya, bila ia memandang bahawa suatu pekerjaan akan mendatangkan keuntungan baginya, tetapi Tuhannya melarangnya untuk mengerjakan pekerjaan tersebut, maka ia wajib meninggalkannya, walaupun pekerjaan tersebut boleh mendatangkan keuntungan sebanyak harta benda yang ada di seluruh dunia ini.

No comments:

Post a Comment