Setiap pekara di muka bumi ini mesti ada pro dan kontra nya. Ada yang baik ada juga yang jahat,ada yang kaya ada juga yang miskin, ada yang senang ada juga yang susah. Di dalam bab yang sebelum ini telah menceritakan tentang kalimah tayibbah dan lawan bagi kalimah ini ialah kalimah khatibah. Jadi mari kita sama-sama meneliti,apa itu kalimah khatibah????Kalimah ini mengandungi erti: Tuhan tidak ada di dunia ini, yang ada hanyalah seseorang atau sesuatu, bukan Allah, yang memiliki dan melaksanakan kekuasaan ketuhanan. Fikirkanlah! Adakah pernyataan yang lebih palsu dan tidak berdasar daripada pernyataan ini? Adakah sesuatu di dunia ini yang memberi kesaksian atas kebenarannya? Kaum atheis (mulhid) mengatakan "Tuhan tidak ada". Tetapi semua yang ada di langit dan di bumi menentang kaum tersebut dan mengatakannya sebagai pendusta. Semua yang ada di langit dan bumi beserta seluruh makhluk yang ada di alam semesta ini, adalah ciptaan Allah, dan Allah pulalah yang telah memberi kaum atheis tersebut lidah yang dipakainya untuk mengatakan kedustaan itu. Kaum musyrikin mengatakan bahawa ada kekuatan-kekuatan lain yang menjadi sekutu-sekutu Allah dalam ketuhanannya. Bahawa sekutu-sekutu itu juga ikut memelihara dan menguasai alam semesta ini. Bahawa sekutu-sekutu itu juga memiliki kekuasaan untuk menentukan dan mengubah nasib manusia. Bahawa sekutu-sekutu itu mempunyai wewenang untuk mendatangkan keuntungan, kerugian dan bencana kepada manusia. Bahawa sekutu-sekutu itu juga turut mendengarkan do'a-do'a manusia dan mengabulkannya. Bahawa mereka juga berhak untuk ditakuti dan memperoleh kepercayaan manusia. Bahawa perintah-perintah mereka juga berlaku di bumi Tuhan ini, dan hukumhukum yang mereka buat juga berhak untuk ditaati di samping hukum-hukum Allah. Begitulah kata orang-orang musyrik tersebut. Menjawab pernyataan-pernyataan ini, seluruh yang ada di langit dan di bumi mengatakan bahawa semua itu adalah kebohongan sematamata yang bertentangan sama-sekali dengan kenyataan-kenyataan. Maka fikirkanlah, bagaimana seseorang yang percaya pada kalimah yang batil seperti ini dan hidup sesuai dengan ajarannya dapat berjaya di dunia dan di akhirat? Kerana rahmatNyalah, bahawa Allah masih memberi kesempatan kepada orang-orang seperti ini dan masih memberi rezeki kepada mereka. Dengan demikian kekuatan-kekuatan bumi dan langit pun hanya sedikit yang mahu memberikan keperluan hidup kepada mereka sebagaimana yang diberikan kepada semaksemak dan tumbuh-tumbuhan liar; tetapi tidak satu pun makhluk dan benda di alam semesta ini yang mengakui bahawa mereka harus menolongnya atau menyokongnya dengan sepenuh tenaga.
MENERIMA ISLAM BUKAN BERERTI MENGUNTUNGKAN ALLAH
bila sesuatu yang diberikan Allah kepada anda, anda pakai untuk mengerjakan sesuatu yang diperintahkanNya, anda sebenarnya tidaklah memberikan keuntungan bagi siapa pun; tidak bagi Allah, tidak pula bagi orang lain. Bila anda memberikan sesuatu atau mengerjakan sesuatu, atau bahkan mengorbankan hidup anda, demi Dia — hal ini mungkin bagi anda adalah sesuatu yang sangat besar — maka anda tidaklah mendatangkan keuntungkan bagi seorang pun.
bila sesuatu yang diberikan Allah kepada anda, anda pakai untuk mengerjakan sesuatu yang diperintahkanNya, anda sebenarnya tidaklah memberikan keuntungan bagi siapa pun; tidak bagi Allah, tidak pula bagi orang lain. Bila anda memberikan sesuatu atau mengerjakan sesuatu, atau bahkan mengorbankan hidup anda, demi Dia — hal ini mungkin bagi anda adalah sesuatu yang sangat besar — maka anda tidaklah mendatangkan keuntungkan bagi seorang pun.
Barangsiapa yang melakukan suatu perbuatan yang baik dengan maksud untuk memperoleh pujian atau penghargaan tidak berhak untuk memperoleh pahala dari Allah. Kerana, ia hanya mencari imbalan di dunia ini dan telah mendapatkannya di dunia ini.
APAKAH PERBEZAAN ANTARA KEDUA-DUANYA???
Dua KALIMAH ini mempunyai perbezaan yang cukup besar. Perbezaan antara dua kalimah ini boleh diibaratkan seperti 2 pohon pokok yang sama jenis tetapi berlainan akarnya.Setiap kali kalimah tayyibah berbuah, ia akan mengeluarkan buah yang manis dan baik. Ia akan membuahkan kedamaian di dunia ini. Kebaikan, kebenaran dan keadilan akan merata, dan rakyat di seluruh dunia akan beruntung kerananya. Sebaliknya, semakin subur tumbuhnya kalimah khabithah, semakin menyeruak cabang-cabang berdurinya, maka akhirnya pasti ia akan mengeluarkan buah yang pahit dan tidak enak untuk dimakan. Racun akan mengaliri seluruh pembuluh di batangnya. Anda dapat melihat sendiri apa yang terjadi di bahagian dunia di mana kekafiran, kemusyrikan dan atheisme merajalela. Manusia di sana saling ancam mengancam. Pendeknya, tanaman apa pun yang tumbuh dari jenis kalimah khabithah ini pasti akan penuh duri, dan buah apa pun yang dihasilkannya pastilah pahit dan beracun. Setelah memerhati kedua contoh ini, Allah Yang Maha Kuasa pada akhirnya mengatakan:
"Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang dia kehendaki".(Surah Ibrahim: Ayat 27).
Ini bererti bahawa Allah akan memberikan kedudukan yang kuat dan teguh di dunia ini dan di akhirat nanti, kepada mereka yang beriman kepada kalimah tayyibah. Sebaliknya, Allah akan menyesatkan mereka yang mempercayakan dirinya kepada kalimah khabithah. Mereka tidak akan dapat mengerjakan macam perbuatan baik apa pun, yang dapat memberikan buahnya dalam kehidupan di dunia ini mahupun di akhirat nanti.
Jadi di sini kita dapat melihat dengan jelas hala tuju kita sebenarnya...Sama-samalah kita kembali kepada fitrah~~~
No comments:
Post a Comment