Monday, 23 April 2012

adakah kita nk menggelarkan diri kita sbg MUSLIM perlunya ada pengetahuan???


itu sudah semestinya..





Sekarang seandainya ada seseorang yang menyatakan dirinya seorang Muslim, tapi ia sama jahilnya tentang Islam dengan seorang kafir, dan sama pula pembangkangannya kepada Allah, dapatkah kita mengatakan dengan menggunakan pertimbangan yang adil, bahawa kedudukannya lebih tinggi daripada seorang kafir, semata-mata kerana ia memiliki nama yang berbeza, memakai pakaian yang berbeza dan memakan makanan yang berbeza dengan orang kafir tersebut? Dan apa pula alasannya untuk mengatakan bahawa ia berhak memperoleh rahmat Allah di dunia dan di akhirat? Islam bukanlah sesuatu yang bersifat kesukuan, kekeluargaan atau persaudaraan yang langsung diwariskan oleh orang tua kepada anak dan dari anak kepada cucu. Kedudukan sebagai seorang Muslim tidaklah diperoleh kerana keturunan sebagaimana halnya kasta, di mana anak seorang Brahman akan tetap memperoleh kedudukan yang tinggi, betapapun bodoh dan jahat perangainya, kerana ia memang lahir dalam keluarga Brahman yang berkedudukan tinggi. Sementara itu, anak dari orang tua berkasta rendah akan tetap berkedudukan rendah, kerana memang ia lahir di tengahtengah keluarga yang berkasta rendah. Dalam hal ini Allah telah menyatakan dalam Kitab-Nya:
"... Sesungguhnya orang yang paling mulia di antaramu di sisi Allah ialah orang yang paling
bertaqwa di antara kamu ..." (Surah Al-Hujurat: Ayat 13)

Ertinya, semakin banyak orang mengetahui tentang Allah dan semakin menta'ati perintahNya, maka akan semakin tinggi pulalah kedudukannya di mata Allah. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di tengah-tengah keluarga seorang penyembah berhala, tetapi beliau mengenal Allah dan menta'ati perintahNya. Itulah sebabnya Allah mengangkatnya sebagai imam seluruh dunia. Anak Nabi Nuh dilahirkan dalam keluarga seorang Nabi, tetapi ia tidak mengerti tentang Allah dan tidak menta'ati perintahNya. Itulah sebabnya mengapa Allah menghukumnya sedemikian rupa tanpa mempedulikan keluarganya, hingga kisahnya menjadi contoh bagi seluruh dunia. Kerana itu marilah kita fahami benar-benar bahawa apa pun perbedaan yang ada antara seorang manusia dengan manusia yang lain, dalam pandangan Allah hal itu berhubungan erat dengan pengetahuan dan perbuatan. Baik di dunia ini maupun di akhirat nanti, rahmat Allah dilimpahkan kepada mereka yang mengerti akan Allah, tahu jalan yang benar yang ditunjukkanNya, dan melaksanakan perintahperintahNya. Mereka yang tidak memenuhi persyaratan-persyaratan ini sama saja kedudukannya dengan mereka yang kafir, dan tidak berhak memperoleh rahmatNya, sama ada mereka bernama 'Abdullah, 'AbdurMiman, Joni atau Kartar Singh.

No comments:

Post a Comment