Sunday, 29 April 2012

MANHAJ HIDUP MUSLIM BAB 6


TUJUAN BERIMAN KEPADA KALIMAH TAYYIBAH


Mana mungkin setiap perbuatan kita dilakukan tanpa tujuan????? Sememangnya kita lakukan setiap pekara mesti bersebab ataupun bertujuan. Kita minum air untuk menghilangkan dahaga, kita makan untuk menghilangkan rasa lapar, dan kita tidur sememangnya untuk menghilangkan rasa mengantuk. Pendek kata, pekerjaan apa pun yang anda lakukan di dunia ini, selalunya ada maksud dan tujuannya. Bila tujuan dapat dicapai, anda katakan bahawa pekerjaan itu bagus, dan bila tujuan tidak tercapai, anda akan mengatakan pekerjaan itu teruk.

            Begitu juga dengan mengucap kalimah tayyibbah . Kerana apa anda mengucap kalimah suci itu???? Adakah kerana ingin membezakan antara Islam dan Kafir??? Jika begitu, dimanakah perbezaan tersebut???
Perbezaan itu bererti bahawa ada perbezaan antara hasil-buah dari hidup seorang Muslim dengan hasil-buah dari hidup seorang kafir. Hasil-buah hidup seorang kafir adalah bahawa ia tidak menerima rahmat Allah dan menjadi orang yang sengsara di akhirat nanti, sedangkan hasil-buah hidup seorang Muslim adalah bahawa ia akan menerima ridha Allah dan mendapat kemuliaan di akhirat.           

KEGAGALAN DAN KEJAYAAN DI AKHIRAT

Apa pula erti kejayaan dan kegagalan di akhirat???  Jawapannya sudah diberikan oleh Rasulullah SAW yakni Ad-dun ya mazra'atul akhirah, Dunia adalah ladang akhirat.        
           Ini menunjukkan dunia dan akhirat adalah dua hal yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Dunia ini adalah laksana ladang tempat bercucuk tanam. Manusia dikirim ke ladang ini dengan tujuan agar ia bekerja keras dengan tangannya sendiri untuk memperoleh hasil yang dapat dini'matinya nanti bagi dirinya sendiri. Untuk itu ia telah diberi waktu dari saat lahirnya hingga mati. Apa pun jenis tanaman yang ditanamnya pada masa hidupnya, hasil tanaman itu jugalah yang akan dipetiknya dalam hidupnya sesudah mati nanti, dan hasil itu pula yang akan menjadi makanannya selama hidupnya di akhirat.
  Bila seseorang telah menanam tanaman yang baik di ladang dunia ini pada masa hidupnya dan telah merawatnya dengan air yang berlimpah-limpah dan dengan pengawasan yang cermat, maka bila ia telah berpindah ke dunia yang akan datang, maka akan didapatinya buah dari jerih payahnya itu dalam bentuk tanaman berbuah lebat yang siap untuk dinikmatinya. Di sana nanti ia tidak perlu lagi bekerja keras kerana ia akan hidup senang meni'mati hasil tanaman yang telah ditanamnya dengan kerja susah-payah selama masa hidupnya di dunia ini. Hidup senang inilah yang disebut syurga dan kejayaan di akhirat. Sebaliknya, barangsiapa yang dalam hidupnya di dunia ini menaburkan duri dan menanam tanaman yang pahit dan beracun, maka ia akan memperoleh hasil dari jenis tanaman yang sama dalam hidupnya yang akan datang nanti. Di sana ia tidak akan mendapat kesempatan lagi untuk menebus keburukannya dan menanam tanaman yang baik setelah membakar tanamannya yang buruk sebelumnya. Dan tentu saja ia akan terpaksa memakan hasil tanaman buruknya yang telah ditanamnya dalam hidupnya di dunia ini. Ia akan terpaksa tidur di atas duri-duri yang telah ditanamnya. Inilah yung dimaksud dengan kesengsaraan dan kegagalan di akhirat itu.  Keterangan tadi menunjukkan bahawa kegagalan dan kejayaan seseorang dalam hidup sesudah mati nanti, serta nasib baik atau buruknya, sebenarnya tergantung dari benar atau tidaknya pengetahuan dan perbuatannya di dunia ini.         


PENGETAHUAN APA YANG DIAJARKAN OLEH KALIMAH TAYYIBAH?

1. Penghambaan diri kepada Allah

Hal pertama yang anda pelajari dari kalimah ini adalah bahawa anda adalah budak dari Allah. Setelah mengetahui hal ini, maka secara langsung anda akan mengerti bahawa di dunia ini anda harus berbuat sesuai dengan kehendak Dia yang menjadi Tuan dan Pemilik anda. kerana bila anda berbuat bertentangan dengan kehendakNya, bererti anda telah memberontak terhadapNya.

2. Kepatuhan kepada Muhammad (SAW)

Setelah memahami hal di atas, maka pengetahuan kedua yang anda peroleh dari kalimah ini adalah bahawa Muhammad SAW adalah Utusan Allah. Dan setelah Mengetahui hal ini, jelaslah, dengan sendirinya cara-cara yang anda tempuh dalam menanami dan merawat ladang dunia anda, mestilah menurut cara-cara yang telah diajarkannya kepada anda. Bila anda mengikuti cara yang diajarkannya, maka anda akan memperoleh hasil yang baik di akhirat nanti. Tetapi bila anda bekerja tidak sesuai dengan cara yang diajarkannya, maka bererti anda hanya menanam duri saja di dunia ini dan akan menuai duri pula di akhirat nanti.
         
PERBUATAN MESTI SESUAI DENGAN PENGETAHUAN

Seseorang yang di mulut mengakui Allah sebagai Pemilik dan Penguasanya dan Muhammad SAW sebagai Utusan Allah, dan juga percaya akan hidup sesudah mati, tapi perbuatan-perbuatan dan tingkah-lakunya bertentangan dengan ajaran-ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah, maka imannya yang demikian itu adalah iman yang lemah. Sebagaimana ia yakin bahawa ia tidak akan memperoleh hasil tanpa bertanam, demikian pula apabila ia yakin bahawa tanamannya yang buruk akan menghasilkan buah yang buruk pula, tentulah ia tidak akan lengah tentang hal ini. Tak seorang pun yang dengan sengaja dan sedar mahu menanam duri untuk untuk dirinya. Hanya orang yang tidak percaya bahawa benih duri akan menghasilkan duri sajalah, dan bahawa duri itu akan merugikan dirinya sendiri sajalah, yang akan melakukan hal itu. Anda tentu tidak akan mahu dengan sedar memegang bara api kerana anda yakin bahawa bara itu akan membakar tangan anda. Hanya bayi kecil dan orang gila sajalah yang mahu meletak tangannya dalam api, kerana memang tidak tahu akibatnya.

MANHAJ HIDUP MUSLIM BAB 4 & 5 (2)


Setiap pekara di muka bumi ini mesti ada pro dan kontra nya. Ada yang baik ada juga yang jahat,ada yang kaya ada juga yang miskin, ada yang senang ada juga yang susah. Di dalam bab yang sebelum ini telah menceritakan tentang kalimah tayibbah dan lawan bagi kalimah ini ialah kalimah khatibah. Jadi mari kita sama-sama meneliti,apa itu kalimah khatibah????Kalimah ini mengandungi erti: Tuhan tidak ada di dunia ini, yang ada hanyalah seseorang atau sesuatu, bukan Allah, yang memiliki dan melaksanakan kekuasaan ketuhanan. Fikirkanlah! Adakah pernyataan yang lebih palsu dan tidak berdasar daripada pernyataan ini? Adakah sesuatu di dunia ini yang memberi kesaksian atas kebenarannya? Kaum atheis (mulhid) mengatakan "Tuhan tidak ada". Tetapi semua yang ada di langit dan di bumi menentang kaum tersebut dan mengatakannya sebagai pendusta. Semua yang ada di langit dan bumi beserta seluruh makhluk yang ada di alam semesta ini, adalah ciptaan Allah, dan Allah pulalah yang telah memberi kaum atheis tersebut lidah yang dipakainya untuk mengatakan kedustaan itu. Kaum musyrikin mengatakan bahawa ada kekuatan-kekuatan lain yang menjadi sekutu-sekutu Allah dalam ketuhanannya. Bahawa sekutu-sekutu itu juga ikut memelihara dan menguasai alam semesta ini. Bahawa sekutu-sekutu itu juga memiliki kekuasaan untuk menentukan dan mengubah nasib manusia. Bahawa sekutu-sekutu itu mempunyai wewenang untuk mendatangkan keuntungan, kerugian dan bencana kepada manusia. Bahawa sekutu-sekutu itu juga turut mendengarkan do'a-do'a manusia dan mengabulkannya. Bahawa mereka juga berhak untuk ditakuti dan memperoleh kepercayaan manusia. Bahawa perintah-perintah mereka juga berlaku di bumi Tuhan ini, dan hukumhukum yang mereka buat juga berhak untuk ditaati di samping hukum-hukum Allah. Begitulah kata orang-orang musyrik tersebut. Menjawab pernyataan-pernyataan ini, seluruh yang ada di langit dan di bumi mengatakan bahawa semua itu adalah kebohongan sematamata yang bertentangan sama-sekali dengan kenyataan-kenyataan. Maka fikirkanlah, bagaimana seseorang yang percaya pada kalimah yang batil seperti ini dan hidup sesuai dengan ajarannya dapat berjaya di dunia dan di akhirat? Kerana rahmatNyalah, bahawa Allah masih memberi kesempatan kepada orang-orang seperti ini dan masih memberi rezeki kepada mereka. Dengan demikian kekuatan-kekuatan bumi dan langit pun hanya sedikit yang mahu memberikan keperluan hidup kepada mereka sebagaimana yang diberikan kepada semaksemak dan tumbuh-tumbuhan liar; tetapi tidak satu pun makhluk dan benda di alam semesta ini yang mengakui bahawa mereka harus menolongnya atau menyokongnya dengan sepenuh tenaga.  
       
MENERIMA ISLAM BUKAN BERERTI MENGUNTUNGKAN ALLAH   
bila sesuatu yang diberikan Allah kepada anda, anda pakai untuk mengerjakan sesuatu yang diperintahkanNya, anda sebenarnya tidaklah memberikan keuntungan bagi siapa pun; tidak bagi Allah, tidak pula bagi orang lain. Bila anda memberikan sesuatu atau mengerjakan sesuatu, atau bahkan mengorbankan hidup anda, demi Dia — hal ini mungkin bagi anda adalah sesuatu yang sangat besar — maka anda tidaklah mendatangkan keuntungkan bagi seorang pun.


 Barangsiapa yang melakukan suatu perbuatan yang baik dengan maksud untuk memperoleh pujian atau penghargaan tidak berhak untuk memperoleh pahala dari Allah. Kerana, ia hanya mencari imbalan di dunia ini dan telah mendapatkannya di dunia ini.      




APAKAH PERBEZAAN ANTARA KEDUA-DUANYA???       
Dua KALIMAH ini mempunyai perbezaan yang cukup besar. Perbezaan antara dua kalimah ini boleh diibaratkan seperti 2 pohon pokok yang sama jenis tetapi berlainan akarnya.Setiap kali kalimah tayyibah berbuah, ia akan mengeluarkan buah yang manis dan baik. Ia akan membuahkan kedamaian di dunia ini. Kebaikan, kebenaran dan keadilan akan merata, dan rakyat di seluruh dunia akan beruntung kerananya. Sebaliknya, semakin subur tumbuhnya kalimah khabithah, semakin menyeruak cabang-cabang berdurinya, maka akhirnya pasti ia akan mengeluarkan buah yang pahit dan tidak enak untuk dimakan. Racun akan mengaliri seluruh pembuluh di batangnya. Anda dapat melihat sendiri apa yang terjadi di bahagian dunia di mana kekafiran, kemusyrikan dan atheisme merajalela. Manusia di sana saling ancam mengancam. Pendeknya, tanaman apa pun yang tumbuh dari jenis kalimah khabithah ini pasti akan penuh duri, dan buah apa pun yang dihasilkannya pastilah pahit dan beracun. Setelah memerhati kedua contoh ini, Allah Yang Maha Kuasa pada akhirnya mengatakan:

"Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang dia kehendaki".(Surah Ibrahim: Ayat 27).

Ini bererti bahawa Allah akan memberikan kedudukan yang kuat dan teguh di dunia ini dan di akhirat nanti, kepada mereka yang beriman kepada kalimah tayyibahSebaliknya, Allah akan menyesatkan mereka yang mempercayakan dirinya kepada kalimah khabithah. Mereka tidak akan dapat mengerjakan macam perbuatan baik apa pun, yang dapat memberikan buahnya dalam kehidupan di dunia ini mahupun di akhirat nanti.


Jadi di sini kita dapat melihat dengan jelas hala tuju kita sebenarnya...Sama-samalah kita kembali kepada fitrah~~~




Friday, 27 April 2012

Bab 4 & 5 Manhaj hidup muslim (1)


MAKNA KALIMAT TAYYIBAH



La ilaha illAllah, Muhammadur Rasulullah, Tidak ada Tuhan selain Allah,Muhammad Utusan Allah.

Tuhan adalah Penguasa, Pencipta, Pemelihara dan Pemberi rezki, yang mendengar do'a-do'a kita dan mengabulkannya, dan patut kita puja. Setelah anda mengatakan la ilaha illallah, bererti, yang pertama, anda telah mengakui bahawa dunia ini tidak terwujud tanpa kuasa ciptaan Tuhan, tidak pula dunia ini mempunyai banyak Tuhan. Memang, dunia ini punya Tuhan, dan Tuhan itu hanyalah satu, dan tidak ada wujud lain yang mempunyai kekuasaan ketuhanan kecuali Dia. Yang kedua, hal lain yang anda yakini ketika anda membaca kalimah ini adalah bahawa Tuhan anda itu adalah juga Tuhan seluruh dunia ini. Segala sesuatu yang anda miliki dan juga dimiliki oleh manusia seluruhnya adalah milikNya. Dia-lah yang menciptakan dan memberi rezeki seluruh alam ini. Hidup dan mati ada pada perintahNya. Kesusahan dan kesenangan juga datang dari Dia. Apa pun yang diperoleh seseorang sebenarnya adalah anugerahNya. Apa pun yang terlepas dari seseorang, sesungguhnya adalah kerana kehendakNya. Hanya Dia-lah yang mesti ditakuti, hanya kepadaNyalah kita mesti memohonkan kemahuan dan kehendak kita, hanya di hadapanNyalah kita wajib menundukkan kepala. Hanya Dia-lah yang berhak dipuja dan disembah. Kita tidak boleh menjadi budak atau pelayan dari siapa pun.

Muhammadur rasulullah, yang bererti anda menerima Muhammad SAW sebagai Rasul yang menyampaikan hukum Allah kepada anda. Setelah anda mengakui Allah sebagai Tuan dan Yang Berwenang atas diri anda, maka anda perlu tahu apa saja yang diperintahkanNya. Pekerjaan-pekerjaan apa yang perlu anda lakukan untuk membuatNya senang kepada anda, dan perbuatan-perbuatan apa saja yang mesti anda jauhi agar tidak terkena murkaNya. Aturan hidup mana yang harus anda ikuti untuk memperoleh ampunanNya, dan hukum mana, yang tidak boleh anda langgar, yang bila anda langgar anda akan memperoleh hukumanNya? Allah telah menunjuk Muhammad SAW
sebagai UtusanNya, untuk menerangkan masalah-masalah ini dan mengirimkan KitabNya dengan perantaraannya. Rasulullah hidup menurut aturan yang sesuai dengan perintahperintahNya, dan dengan demikian menjadi teladan bagi semua orang Muslim bagaimana harus mengatur hidup mereka. Jadi, ketika anda mengatakan Muhammadur Rasulullah, bererti pada saat itu anda telah menyatakan kesediaan anda untuk mengikuti aturan dan hukum yang diberikannya dan menolak aturan dan hukum yang bertentangan dengan aturan dan hukumnya.
                                     

Bila anda mempercayakan diri padaNya, maka anda sesungguhnya telah adalah mempercayakan diri pada suatu kekuatan yang maha besar yang adalah Penguasa seluruh harta karun yang tersimpan di langit dan di bumi. Ertinya, bila anda tetap menempatkan kenyataan ini dalam pandangan anda, maka anda akan menyedari bahawa seluruh kekuatan langit dan bumi menyokong orang yang beriman kepada kalimah tayyibah ini dan membentuk hidupnya menurut ajaran kalimah ini. la akan terus berjaya sejak di dunia ini hingga ke akhirat nanti, dan tidak akan pernah kegagalan atau kekalahan menyentuhnya. Inilah yang dikatakan oleh Allah Yang Maha Agung pada awal uraian ini bahawa kalimah ini adalah laksana sebatang pohon yang akar-akarnya terhunjam-dalam di tanah dan cabang-cabangnya menyebar ke segenap penjuru, yang mengeluarkan buah terus-menerus atas perintah Allah.

Pengakuan anda bahawa anda adalah pendukung-pendukung kalimah tayyibah namun mengapa anda semua tidak berjaya, tidaklah benar. Beriman kepada kalimah tayyibah bukan bererti hanya sekadar mengucapkannyacdi mulut saja. Iman itu haruslah berakar dalam hati-sanubari manusia, dengan demikian manusia dapat mengusir kepercayaan apa pun yang bertentang dengan iman, dan membuat seluruh perbuatan dan perilaku manusia sesuai dengan iman tersebut.

Thursday, 26 April 2012

FATHI YAKAN ( RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH)


































ان الله تعا لى اذا أحب قِِِ ماً ابتلا هم .فمن رضي فله الر ضى ومن
سخط فله السخة



Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata‘ala, apabila mengasihi satu kaum, dicubanya
mereka itu (dengan berbagai cubaan), barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka mereka mendapat keredhaanNya (Allah Subhanahu Wata’ala) Barangsiapa yang benci maka baginya kemurkaan Allah Subhanahu Wata‘ala


Pengakuan keimanan sebenarnya memerlukan kepada bukti. Jalan
perjuangan (JIHAD) adalah jalan yang panjang penuh dengan derita dan
sengsara.

حفت ألجنة با لمكا ر ه وحفت النار با لشهو ات
Jalan Syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke Neraka dihampiri oleh
keghairahan syahwat.

Dalam meniti liku dan lurah-lurah perjalanan ini kalaulah seorang Da’ei
tidak berada di bawah lindungan Allah Subhanahu Wata’ala, tidak berhubung
terus dengan Nya, tidak bertawakkal kepadaNya, tidak berpegang kepada
KitabNya dan tidak pula mengikuti Sunnah NabiNya maka sebenarnya ia
sedang berada di ambang bencana dan musibah yang besar

Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam telah meramalkan cabaran dan
dugaan-dugaan yang dihadapi oleh para Mukmin, Da’ei dan Mujahidin di jalan
Allah Subhanahu Wata’ala.
Beliau bersabda:
Orang Mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah:
1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya
(Hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dan hadith Anas
dalam tajuk: “Akhlak Yang Luhur.”)






Tuesday, 24 April 2012

bab 3 manhaj hidup muslim



"Mana mungkin jika seseorg rakyat Malaysia ingin mnggunakn undang-undang Malayasia ketika berada di Palestin..Mana mungkin juga seseorang hamba ingin mngikut undang-undangnya sendiri di muka bumi yang tuhannya sendiri cipta.."


~~PERLAKUAN DAN SIKAP KITA TERHADAP AL-QUR'AN~~
Umat Islam adalah satu-satunya umat yang paling beruntung di dunia sekarang ini, kerana mereka memiliki Wahyu Allah yang terpelihara dalam keadaan utuh dan dalam bentuknya yang asli, bebas dari kekotoran campur tangan manusia.
Namun umat Islam ini juga adalah orang-orang yang paling malang di dunia ini, kerana, walaupun mereka memiliki Wahyu Allah tetapi mereka tidak dapat memperoleh berkat dan manfa'at Wahyu tersebut.
Al-Qur'an diturunkan Allah kepada mereka agar mereka membacanya, memahami isinya dan berbuat menurut petunjuknya. Dan dengan pertolongan Kitab ini, mereka disuruh untuk menegakkan pemerintahan di muka bumi Allah ini yang berfungsi sesuai dengan hukum Allah. Al-Qur'an datang untuk memberikan kepada mereka kebesaran dan kekuasaan. Ia datang untuk menjadikan mereka Wakil Allah yang sejati di bumi ini. Sejarah telah membuktikan bahawa bilamana mereka (umat Islam) berbuat menurut petunjuk-petunjuk yang terkandung dalam Kitab ini, maka Kitab ini akan memperlihatkan kemampuannya untuk menjadikan mereka iman dan pemimpin dunia.

~~AKIBAT PERLAKUAN YANG ZALIM TERHADAP KITAB ALLAH~~
Saudara-saudara!
Saya tidak mengatakan ini semua, hanya untuk memuaskan diri saya sendiri saja. Tetapi bila anda merenungkan semua kenyataan itu, hati anda akan membenarkan bahawa sekarang ini Kitab Allah sedang mengalami perlakuan yang zalim di dunia ini, dan pelaku-pelakunya adalah orang-orang yang menyatakan dirinya sendiri beriman kepadanya dan bersedia mati untuk membelanya. Tidak syak lagi mereka memang beriman kepadanya dan menganggapnya lebih berharga daripada hidup mereka sendiri; tetapi sayangnya mereka sendirilah yang memperlakukannya dengan perlakuan yang paling zalim. Dan akibat perlakuan yang zalim terhadap Kitab Allah ini jelas telah kelihatan! Hendaklah kita fahami benar-benar bahawa, Kitab Allah tidaklah diturunkan kepada manusia untuk menjerumuskannya ke dalam jurang kecelakaan, kemalangan dan penderitaan.

"Kami tidak menurunkan Al-Qur'an ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah). "(Surah Taha: Ayat 2-3)

~~KEWAJIPAN SEORANG MUSLIM~~
Kewajiban anda sekarang adalah menilai segala sesuatu berdasarkan
Al-Qur'an dan Sunnah. Anda mesti menerima apa yang sesuai dengan firman Allah dan Sunnah RasulNya dan menolak apa pun yang bertentangan dengan keduanya, tidak peduli apa kata orang dan apa yang mereka lakukan. Adalah bertentangan bila di satu pihak anda mengatakan bahawa anda adalah seorang Muslim, tetapi di lain pihak anda masih lebih menurutkan pendapat dan selera anda sendiri, atau kebiasaan masyarakat, atau apa yang dikatakan dan dilakukan oleh seseorang atau orang banyak, dan enggan menuruti Al-Qur'an dan Sunnah. Sebagaimana seorang buta tidak boleh mengatakan bahawa ia mempunyai mata, atau seorang yang tidak punya hidung mengatakan bahawa ia mempunyai hidung, maka begitu pula seseorang tidak boleh mengatakan bahawa dirinya adalah seorang Muslim, sedangkan ia tidak mahu menyerahkan seluruh masalah hidupnya kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah dan tidak mahu mengenepikan pemikirannya sendiri, atau adat kebiasaan masyarakat, atau perkataan dan perbuatan orang demi menuruti ajaran Allah dan RasulNya.

"... Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." (Surah Al-Ma'idah: Ayat 44).

Monday, 23 April 2012

adakah kita nk menggelarkan diri kita sbg MUSLIM perlunya ada pengetahuan???


itu sudah semestinya..





Sekarang seandainya ada seseorang yang menyatakan dirinya seorang Muslim, tapi ia sama jahilnya tentang Islam dengan seorang kafir, dan sama pula pembangkangannya kepada Allah, dapatkah kita mengatakan dengan menggunakan pertimbangan yang adil, bahawa kedudukannya lebih tinggi daripada seorang kafir, semata-mata kerana ia memiliki nama yang berbeza, memakai pakaian yang berbeza dan memakan makanan yang berbeza dengan orang kafir tersebut? Dan apa pula alasannya untuk mengatakan bahawa ia berhak memperoleh rahmat Allah di dunia dan di akhirat? Islam bukanlah sesuatu yang bersifat kesukuan, kekeluargaan atau persaudaraan yang langsung diwariskan oleh orang tua kepada anak dan dari anak kepada cucu. Kedudukan sebagai seorang Muslim tidaklah diperoleh kerana keturunan sebagaimana halnya kasta, di mana anak seorang Brahman akan tetap memperoleh kedudukan yang tinggi, betapapun bodoh dan jahat perangainya, kerana ia memang lahir dalam keluarga Brahman yang berkedudukan tinggi. Sementara itu, anak dari orang tua berkasta rendah akan tetap berkedudukan rendah, kerana memang ia lahir di tengahtengah keluarga yang berkasta rendah. Dalam hal ini Allah telah menyatakan dalam Kitab-Nya:
"... Sesungguhnya orang yang paling mulia di antaramu di sisi Allah ialah orang yang paling
bertaqwa di antara kamu ..." (Surah Al-Hujurat: Ayat 13)

Ertinya, semakin banyak orang mengetahui tentang Allah dan semakin menta'ati perintahNya, maka akan semakin tinggi pulalah kedudukannya di mata Allah. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di tengah-tengah keluarga seorang penyembah berhala, tetapi beliau mengenal Allah dan menta'ati perintahNya. Itulah sebabnya Allah mengangkatnya sebagai imam seluruh dunia. Anak Nabi Nuh dilahirkan dalam keluarga seorang Nabi, tetapi ia tidak mengerti tentang Allah dan tidak menta'ati perintahNya. Itulah sebabnya mengapa Allah menghukumnya sedemikian rupa tanpa mempedulikan keluarganya, hingga kisahnya menjadi contoh bagi seluruh dunia. Kerana itu marilah kita fahami benar-benar bahawa apa pun perbedaan yang ada antara seorang manusia dengan manusia yang lain, dalam pandangan Allah hal itu berhubungan erat dengan pengetahuan dan perbuatan. Baik di dunia ini maupun di akhirat nanti, rahmat Allah dilimpahkan kepada mereka yang mengerti akan Allah, tahu jalan yang benar yang ditunjukkanNya, dan melaksanakan perintahperintahNya. Mereka yang tidak memenuhi persyaratan-persyaratan ini sama saja kedudukannya dengan mereka yang kafir, dan tidak berhak memperoleh rahmatNya, sama ada mereka bernama 'Abdullah, 'AbdurMiman, Joni atau Kartar Singh.

Sunday, 22 April 2012

bab 2(manhaj hidup muslim)

2 hal yang membezakan seorang Muslim dengan seorang kafir. Yang pertama adalah pengetahuan dan yang kedua perbuatan.

Pengetahuan bererti bahawa seorang Muslim harus tahu siapa Tuhannya, apa perintah-perintahNya, bagaimana cara-cara untuk menuruti kehendakNya, perbuatan-perbuatan mana yang disukaiNya dan mana yang tidak disukaiNya. Bila ia sudah tahu akan hal-hal tersebut, maka langkah yang kedua ialah bahawa ia harus menjadikan dirinya sebagai hamba dari Tuhannya, melaksanakan kehendak-kehendakNya, dan mengabaikan kemahuan-kemahuannya sendiri. Bila hatinya ingin melakukan sesuatu perbuatan, tapi perbuatan itu bertentangan dengan perintah Tuhannya, maka ia mesti meninggalkan keinginannya sendiridan melaksanakan perintah Tuhannya. Apabila suatu perbuatan kelihatan mulia di matanya, tapi Tuhannya mengatakan bahawa perbuatan itu hina, maka ia harus memadangnya hina pula. Sebaliknya, bila suatu perbuatan nampak hina di matanya, tapi Tuhannya mengatakan mulia, maka ia mesti memandangnya mulia pula. Apabila ia melihat bahawa suatu pekerjaan mengandungi bahaya, tapi Tuhannya mengatakan bahawa pekerjaan itu harus dilakukan, maka bagaimanapun juga ia mesti mengerjakannya, walaupun ia mungkin akan kehilangan harta benda atau bahkan nyawanya. Sebaliknya, bila ia memandang bahawa suatu pekerjaan akan mendatangkan keuntungan baginya, tetapi Tuhannya melarangnya untuk mengerjakan pekerjaan tersebut, maka ia wajib meninggalkannya, walaupun pekerjaan tersebut boleh mendatangkan keuntungan sebanyak harta benda yang ada di seluruh dunia ini.

Saturday, 21 April 2012

bab 1(manhaj hidup muslim)

Perumpamaan orang yang sama sekali tidak tahu perbezaan antara Islam dengan kufr serta perbezaan antara Islam dengan syirk adalah
''ibarat seseorang yang sedang berjalan pada sebuah jalan yanggelap. Kemungkinan besar ketika ia sedang mengikuti sebuah jalan yang lurus, langkahnya menyeleweng ke arah yang lain dan ia tidak sedar bahawa ia telah menyeleweng dari arah yang lurus yang harus ditempuhnya. Dan besar kemungkinannya, di tengah jalan ia akan bertemu dengan seorang dajjal yang akan mengatakan kepadanya: "Hai Nak! Kamu telah tersesat dalam kegelapan. Mari, kupimpin engkau kepada tujuanmu".
Pejalan yang malang itu, kerana gelap tidak dapat melihat dengan matanya sendiri mana arah yang lurus. Lantaran itu, tanpa curiga apa-apa, ia akan segera menyambar tangan si dajjal dan terus berpegang kepadanya, dan si dajjal akan membawanya ke jalan yang sesat. Bahaya ini mungkin sekali akan menimpa pejalan tersebut, kerana ia sendiri tidak memiliki obor apa pun dan kerananya ia tidak dapat melihat rambu-rambu di sepanjang jalan yang ditempuhnya. Apabila ia mempunyai obor, tentulah ia tidak akan tersesat atau disesatkan oleh orang lain.


Dari contoh ini anda boleh memahami bahawa,

bahaya terbesar bagi seorang Muslim adalah kejahilannya sendiri terhadap ajaran Islam, dan kejahilannya terhadap apa yang diajarkan oleh Al-Qur'an dan apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW tidak punya pengetahuan, ia pasti akan meraba-raba saja sepanjang jalan,dan akan disesatkan oleh dajjal.