Wednesday, 16 May 2012

MANHAJ HIDUP MUSLIM BAB 9


CIRI-CIRI ISLAM YANG SEBENARNYA

"Katakanlah: 'Sesungguhnya salatku, 'ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)' ". (Surah, Al-An'am, Ayat: 162—163).

Ayat tersebut di atas dijelaskan oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya:

"Barangsiapa yang menjalin persahabatan kerana Allah, menyatakan permusuhan kerana Allah, dan meninggalkan sesuatu kerana Allah, maka sesungguhnya ia telah melengkapkan imannya, yakni menjadi orangMu'min yang sempurna".

Islam adalah bahawa manusia wajib mempersembahkan seluruh kerjanya, hidup dan matinya semata-mata untuk Allah dan tidak membahagi hak Allah dalam hal ini dengan yang lainnya.
          Penjelasan yang diberikan oleh Rasulullah di atas, merupakan syarat yang mesti dipenuhi oleh seorang Muslim dalam menjalin hubungan persahabatan ataupun permusuhan dengan orang lain serta dalam menangani urusan-urusan dunianya. Hal-hal tersebut hendaklah
dilakukan dengan niat semata-mata untuk mencari keredhaan Allah, dan dilakukan menurut aturan-aturan yang telah digariskanNya.
            pandangan yang keliru yang timbul kerana pada umumnya orang tidak membezakan antara Islam RASMI dengan Islam yang sebenarnya menurut pandangan Allah.

PERBEZAAN ANTARA ISLAM RESMI DAN ISLAM YANG SEBENARNYA

1. Islam RASMI
Dalam Islam RASMI yang penting bagi seseorang bukanlah apa yang ada dalam hati dan fikirannya, tetapi adalah pengakuan lahiriyyahnya, tanpa mengira apakah ia memperlihatkan tanda-tanda pokok yang diperlukan bagi pengakuannya itu atau tidak. Apabila seseorang mengakui dengan lisan bahawa ia percaya kepada Allah, RasulNya, pada Al-Qur'an, hari akhirat dan rukun-rukun iman yang lain, lalu memenuhi syarat-syarat yang diperlukan yang membuktikan pengakuannya itu, maka ia akan diterima dalam lingkungan Islam dan orang akan berurusan dengannya sebagaimana halnya dengan seorang Muslim.

2. Islam yang sebenarnya
Pengakuan yang sejati adalah pengakuan yang disertai peneguhan dalam hati dan diikuti dengan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah dengan penuh kemahuan. Pengakuan secara lisan di dunia ini hanyalah diperuntukkan bagi Tuan Kadi dan masyarakat pada umumnya, kerana mereka hanya boleh melihat hal-hal yang lahiriyyah saja. Tetapi Allah melihat ke dalam hati dan batin seseorang, dan menyentuh iman yang ada di dalamnya. Kayu ukur yang dipakai Allah

DUA MACAM ORANG ISLAM

1. Islam Setengah-setengah
Yang pertama, yang menyatakan diri sebagai Islam adalah mereka yang — setelah mengaku beriman kepada Allah dan UtusanNya — menerima Islam sebagai agama mereka, tetapi mereka memperlakukan agama mereka itu hanya sebagai suatu bahagian dari keseluruhan hidup mereka. Dari satu segi, pada diri mereka tampak pernyataan hubungan dengan Islam, banyaknya 'ibadat, pemakaian tasbih, salat, dzikr, pelaksanaan kesucian dalam hal makanan dan sebahagian hubungan-hubungan sosial, dan Iain-lain hal yang pada umumnya biasa disebut sikap orang yang beragama. Tetapi di segi lain, sikap hidup seluruh mereka sama sekali tidak mencerminkan Islam dan tidak dihubungkan dengan Islam.

2. Islam Sepenuhnya
Watak golongan orang Islam yang kedua adalah orang-orang yang keleburkan sepenuhnya keperibadian dan wujud mereka ke dalam Islam. Semua kedudukan yang mereka pegang terlebur ke dalam kedudukan mereka sebagai Muslim. Peranan mereka sebagai ayah, anak, suami atau isteri, peniaga, pegawai kerajaan, buruh, pegawai atau profesional, akan mencerminkan watak seorang Muslim. Perasaan, keinginan-keinginan dan ideologi mereka, fikiran-fikiran dan pendapat-pendapat mereka, kebencian dan kecenderungan-kecenderungan mereka, kesenangan dan ke-tidak-senangan mereka, pendeknya dari segala segi keperibadian dan wujud manusiawi mereka, tunduk dan terlebur ke dalam Islam. Islam sepenuhnya mempengaruhi hati dan fikiran mereka, mata dan telinga mereka, perut dan bahagian-bahagian seksual tubuh mereka, kaki dan tangan mereka — pendeknya seluruh jiwa dan raga mereka.




MEMERIKSA DIRI

Bila anda mengakui telah menerima Islam dan menyatakan iman kepadanya, periksalah apakah benar bahawa hidup dan mati anda adalah benar-benar untuk Allah saja? Apakah hidup, akal fikiran, tenaga yang ada pada jiwa dan raga anda, waktu dan usaha-usaha anda, semuanya anda abdikan untuk memenuhi kehendak Allah? Apakah yang harus anda kerjakan untuk menunjang tercapainya tugas yang telah diberikan Allah kepada umat Islam? Selanjutnya, apakah anda telah memberikan seluruh kepatuhan dan pengabdian anda sepenuhnya kepada Allah? Apakah pelayanan kepada hawa nafsu dan pengabdian kepada keluarga, saudara-saudara, handai-taulan, masyarakat dan penguasa negara, telah sepenuhnya terhapus dari jiwa anda? Sudahkah anda mengukur suka dan benci anda, seluruhnya tergantung pada kehendak Allah? Kemudian anda
juga harus memeriksa apakah apabila anda mencintai seseorang, Hal itu anda lakukan kerana Allah atau tidak; apakah apabila anda membenci seseorang, juga kerana Allah? Apakah dalam cinta dan benci anda tidak terkandung unsur egoisme atau keangkuhan? Sekali lagi, anda harus memeriksa apakah tindakan anda dalam memberi atau tidak memberi sesuatu kepada seseorang juga telah anda lakukan kerana Allah.

Kejayaan anda yang sebenarnya terletak dalam penilaian yang diberikan oleh Allah, bahawa anda adalah seorang Mukmin, bukannya seorang munafik, seorang beriman, bukannya seorang kafir.

Friday, 11 May 2012

kenapa ERTI HIDUP??

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

ALLAH ku amat mencintaimu
Kerana kau beri ERTI HIDUP
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih bersama kamu

Assalamualaikum semua..ehhhh…
macam pernah dengar??bukan 'macam',,memang pernah dengar pon..lagu famous,pasal cinta pulak tu... wait3x,tapi bukan tu yang saya nak bincangkan. Topik kali ini,,kenapa ERTI HIDUP??????????
          Cuba anda semua perhatikan dengan teliti lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain ini. Kiasan yang amat tinggi dalam memuja atau untuk menunjukkan kasih sayangnya terhadap kekasihnya.

‘ setiap nafas, degupan jantung, dibuai angan ke, tidur ke,de akan tetap memikirkan kekasihnya. Terasa diri ini hidup @ bernyawa jikalau dapatkan cinta dari kekasihnya. Dia mencintai kekasihnya kerana kekasihnya beri dia ERTI KEHIDUPAN sebenar dan dia tak kan melupainya dan mencintainya sampai bila-bila. Bila ada masalah yang melanda,dia bersyukur kerana ada kekasihnya tadi di sisinya yang akan membantunya. Baginya,tak kesahlah hilang apa sekalipun, yang penting kekasihnya itu tetap bersamanya.’
         

Cuba tukar perkataan yang di boldkan itu,dengan kalimah ALLAH. Memang superb bagi saya jika ada insan yang dapat mengadaptasikan lagu ini seperti mana yang saya maksudkan. Itulah fitrah manusia mencari cinta hakiki yakni cinta ALLAH dan Rasulnya. ‘ Asal jiwakan dekat pada penciptanya’. Pengalaman yang telah disusun oleh Sang Khalik telah memberi ERTI HIDUP kepadaku. Pengalamanku di bangku sekolah, di peringkat Universiti , ketika bekerja dan kehidupan seharianku. Cerita ini kalau nak diunggkap satu persatu memang tak habis kerana ERTI HIDUP yang sebenar Allah berikan tak ternilai hebatnya, jadi cukup sampai di sini.

sahabat yang sentiasa mendambakan CINTA dari Sang Khalik..
      


  Yang penting saya harapkan anda semua dapat kefahaman yang kamil di sisi Islam. Jadi biarlah saya mengungkapkan kata-kata sedikit tetapi dapat bermanfaat terhadap semua orang. Pesanan akhir, Ingat bahawa kaedah Islam ما لا يدْرك كله لا يترك كله ) ‘apa yang tak dapat dibuat semua , jangan ditinggalkan semua’. Akhir kalam, setakat ini sahaja penjelasan saya terhadap ERTI HIDUP. Yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu datang dari atas kelemahan diri saya sendiri. Wabilahi taufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, 9 May 2012

MANHAJ HIDUP MUSLIM BAB 8


UJIAN KEIMANAN

MUSLIM YANG SEBENARNYA

Pengertian yang sebenarnya tentang seorang Muslim adalah bahawa ia harus kebal terhadap ketiga penyakit yang dinyatakan sebelum ini. Orang yang disebut Muslim hanyalah orang yang tidak menjadi hamba-sahaya dari siapapun selain Allah, dan tidak mengikuti siapapun kecuali RasulNya. Orang Muslim hanyalah orang yang dengan setulus hati percaya bahawa ajaran Allah dan RasulNya adalah kebenaran yang mutlak, dan apa pun yang bertentangan dengannya adalah sesat, dan apa pun yang baik bagi manusia dalam hidup di dunia ini mahupun di akhirat nanti seluruhnya telah terkandung dalam ajaran-ajaran Allah dan UtusanNya.

TANDA-TANDA KEMUNAFIKAN

1. Memperturutkan Kemahuan Sendiri (Nafs)
2. Pemujaan Kepada 'Adat Istiadat
3. Meniru-niruBangsa Lain 
  
boleh dilihat pada bab sebelum ni


"Sesungguhnya Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menjelaskan. Dan Allah memimpin siapa yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus. Dan mereka berkata:'Kami telah beriman kepada Allah dan Rasul, dan kami menta'ati (keduanya)’ Kemudian sebahagian dari mereka berpaling sesudah itu, sekali-kali mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman. Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya, agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, tiba-tiba sebahagian di antara mereka menolak untuk datang. Tetapi jika keputusan itu untuk (kemaslahatan) mereka, mereka datang kepada Rasul dengan patuh. Apakah (ketidakdatangan mereka itu kerana) dalam hati mereka ada penyakit, atau (kerana) mereka ragu-ragu, ataukah (kerana) takut kalau-kalau Allah dan RasulNya berlaku zalim kepada mereka? Sebenarnya mereka itulah orang-orang yang zalim. Sesungguhnya jawapan orang-orang Mukmin bila mereka di-panggil kepada Allah dan RasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan: "Kami mendengar, dan kami patuh" dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. Dan barangsiapa yang ta'at kepada Allah dan RasulNya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan". (Surah, an-Nur: Ayat 46—52). 

Fikirkanlah pengertian iman yang dinyatakan dalam ayat-ayat tersebut di atas. Iman yang sejati adalah menghambakan diri kepada Kitab Allah dan petunjuk-petunjuk RasulNya. Apa pun perintah yang datang dari keduanya mestilah betul-betul dipatuhi, dan apa pun yang bertentangan dengannya tidak boleh didengarkan, biarpun datangnya dari fikiran sendiri, dari keluarga ataupun dari orang banyak. Hanya orang yang mempunyai syarat fikiran yang beginilah yang boleh disebut Mukmin dan Muslim. Yang tidak memilikinya adalah orang munafiq.

BEBERAPA CONTOH KEPATUHAN KEPADA ALLAH        

~Pengakuan Dosa        
Pada zaman Nabi SAW ada seorang beriman yang telah berzina. Tidak ada saksi, tidak ada seorang pun yang menyeretnya ke depan pengadilan.Tidak pula ada seorang pun yang melaporkan kepada polis. Hanya ada iman, yang bertakhta dalam hatinya. Dan iman itulah yang mengatakan kepadanya: "Pergilah kau menjalani hukuman yang telah disediakan Allah atas perbuatanmu itu". Maka pergilah orang itu dengan kemahuannya sendiri kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Wahai Rasulullah saya telah berzina. Hukumlah saya". Mendengar itu, Nabi memalingkan wajahnya dari orang itu. Tapi orang itu terus saja menghadap wajah Rasulullah SAW dan mengulangi permintaannya.Rasulullah kembali memalingkan wajahnya dari orang itu, dan orang itu juga kembali bergeser tempat menghadapi wajah Rasulullah dan kembali mengulangi permintaannya untuk ketiga kalinya. Inilah iman. Memang, bagi seorang yang memiliki iman dalam hatinya, adalah mudah untuk menjalani hukuman seratus kali cambukan pada punggungnya yang telanjang. Bahkan hukuman rejam sekali pun. ia segan untuk kembali ke hadirat Tuhannya dengan seorang hamba yang tidak patuh.  

~Pemutusan Hubungan
Anda juga tahu bahawa di dunia ini tidak ada yang lebih dicintai seseorang selain daripada sanak keluarganya. Terutama sekali, ayah, saudara dan anak adalah demikian dicintai sehingga orang bersedia mati kerana mereka. Tetapi lihatlah dalam sejarah Islam waktu terjadi Perang Badar dan Uhud, dan lihatlah siapa yang berperang melawan siapa?
Sang ayah berada di barisan tentera Islam dan sang anak di barisan tentera kafir, dan sebaliknya. Seseorang berada di satu pihak dan saudaranya ada di pihak lainnya. Sanak keluarga dan kerabat-kerabat dekat saling berhadapan dan bertempur seakan-akan satu sama lain adalah orang-orang asing. Dan semangat permusuhan ini menyala bukan kerana membela tanah air atau memperebutkan harta benda, bukan pula kerana dendam peribadi tetapi perang melawan keluarga dan sanak saudara itu terjadi kerana orang-orang yang beriman berani dan rela membunuh atau terbunuh oleh ayah, anak, saudara dan keluarga mereka sendiri, demi membela ajaran Allah dan RasulNya.

~Taubat dari Adat Kebiasaan Lama
Tidak ada satu pun adat lama yang dibiarkan tetap tegak oleh Islam. Tetapi tahukah anda bagaimana sikap orang-orang yang telah menyatakan iman kepada Allah dan RasulNya? Orang-orang yang beriman ini menghancurkan berhala-berhala, yang selama ini disembah oleh mereka dan nenek-moyang mereka, dengan tangan-tangan mereka sendiri. Mereka mempersembahkan korban-korban tersebut di atas altar-altar pemujaan mereka. Mereka menghapuskan semua adat kebiasaan keluarga yang telah mereka warisi turun temurun selama berabad-abad. Dengan perintah Allah, mereka menghancurkan benda-benda yang sebelumnya mereka pandang suci. Sebaliknya, mereka mengesahkan hal-hal yang sebelumnya mereka pandang menjijikkan. Hal-hal yang selama berabad-abad dipandang suci, tiba-tiba saja menjadi kotor, dan sebaliknya. Semua perbuatan yang pada masa jahiliyyah merupakan sumber keuntungan atau kesenangan, dihapuskan begitu datang larangan dari Allah. Sebaliknya, semua perintah-perintah Islam yang membawa kesulitan-kesulitan dan keberatan-keberatan diterima dengan gembira. Inilah yang disebut iman dan inilah yang dinamakan Islam. Pendeknya, seandainya mereka semua menolak setiap hal yang datang dari Islam, anda dapat membayangkan bahawa pasti tidak akan ada seorang Muslim pun di dunia sekarang ini.

JALAN MENUJU KEREDHAAN ALLAH

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya". (Surah Ali Imran: Ay at 92).




Ayat ini adalah satu tuntutan dari Islam dan iman. Kebesaran Islam yang sebenarnya terletak pada prinsip bahawa apa pun yang anda cintai mestilah anda korbankan untuk Allah. Anda tentu tahu bahawa dalam semua urusan hidup anda, Allah mengajak anda kepada suatu arah, sedangkan anda sendiri mengajak ke arah lain. Pendeknya, dalam setiap langkah hidupnya, manusia dihadapkan pada persimpangan jalan. Jalan yang satu adalah jalan Islam, dan jalan yang satunya lagi adalah jalan kufr dan kemunafikan. Seseorang yang mengabaikan semua bujukan dunia dan tunduk-patuh pada perintah-perintah Allah adalah orang yang telah memilih jalan Islam.

Monday, 7 May 2012

MANHAJ HIDUP MUSLIM BAB 7



APAKAH ERTI "KUFR" DAN ISLAM ITU?

Kufr adalah penolakan seseorang untuk melaksanakan perintah-perintah Allah, dan
Islam adalah kepatuhan kepada Allah semata-mata, serta penolakan atas semua sistem, hukum dan peintah-perintah yang bertentangan dengan petunjuk-petunjuk yang diterima dari Allah.

"... Barangsiapa yang memutuskan tidak menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang yang kafir".(Surah Al-Ma'idah: Ay at 44). 
Bagi setiap hal yang seperti ini, suatu ketentuan untuk membuat keputusan telah digariskan dalam Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, sedangkan cara-cara selain dari itu adalah cara-cara yang ditentukan oleh kemahuan diri sendiri, adat kebiasaan nenek-moyang atau aturan-aturan yang dibuat oleh manusia.
 Nah, apabila seseorang mengenepikan cara-cara yang telah digariskan Allah, maka sesungguhnya ia telah mengikuti jalan kufr. Dan apabila ia selama hidupnya menempuh cara-cara kufr dalam melakukan segala sesuatu, maka ia adalah seorang kafir.

Pendeknya, nisbah kekufuran seseorang adalah menurut sejauh mana ia telah membangkang terhadap hukum Allah.

"Katakanlah: Hai Ahli Kitab, marilah kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan
sebahagian yang lain sebagai tuhan selain daripada Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang menyerahkan diri kepada Allah." (Surah Ali 'Imran: Ayat 64).

"Maka apakah meraka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepadaNyalah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan". (Surah Ali 'Imran: Ayat 83).
 
agama yang sebenarnya adalah kepatuhan dan penyerahan kepada Allah. Menyembah Allah tidak hanya bererti bersujud di hadapanNya lima kali sehari, tetapi sebenarnya bererti melaksanakan perintah-perintahNya di setiap saat, siang dan malam. Anda harus menghindari semua yang telah dilarangNya dan mengerjakan apa yang telah diperintahkanNya.

TIGA JALAN MENUJU KESESATAN
1. Mengikuti kemahuan sendiri.

"... Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang rnengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim ". (Surah Al-Qasas: Ayat 50).
 
dorongan-dorongan hawa-nafsunya sendiri. Pendeknya, ia akan menempuh segala macamcara untuk mencapai tujuan-tujuan tersebut, tanpa mempedulikan samada Allah melarang cara-cara tersebut.

"Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?, atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)." (Surah Al-Furqan: Ayat 43—44).
 
2. Mengikuti nenek-moyang tanpa berfikir.

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Ikutilah apa yang telah diturunkan oleh Allah', mereka menjawab: '(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami'. (Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?". (Surah Al-Baqarah: Ayat 170).

Allah Yang Maha Kuasa mengatakan: "Kalian ikuti nonek-moyang kalian atau kalian laksanakan perintah-perintah Kami. Pilih salah satu". Kerana kedua hal ini, memang, tidak boleh berdampingan bersama-sama. Bila anda mahu menjadi seorang Muslim, anda harus mematuhi apa yang diperintahkan oleh Allah dan membuang yang lain-lain.

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah’. Mereka menjawab: '(Tidak), tetapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami dapati bapa-bapa kami mengerjakannya’. Dan apakah mereka (akan mengikuti bapa-bapa mereka) walaupun
syaitan itu menyeru mereka ke dalam siksa api yang menyala-nyala (neraka) ? Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allahlah kesudahan segala urusan. Dan barangsiapa kafir maka kekafirannya itu janganlah menyedihkanmu. Hanya kepada Kamilah mereka kembali, lalu Kami beritakan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
segala isi hati”. (Surah Luqman: Ayat 21—23).



3. Kepatuhan kepada selain Allah

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah ..." (Surah Al-An'am: Ayat 116).

manusia hanya boleh tetap berada di jalan yang benar, bila ia mempercayakan diri 100%  kepada satu Tuhan.

Sunday, 29 April 2012

MANHAJ HIDUP MUSLIM BAB 6


TUJUAN BERIMAN KEPADA KALIMAH TAYYIBAH


Mana mungkin setiap perbuatan kita dilakukan tanpa tujuan????? Sememangnya kita lakukan setiap pekara mesti bersebab ataupun bertujuan. Kita minum air untuk menghilangkan dahaga, kita makan untuk menghilangkan rasa lapar, dan kita tidur sememangnya untuk menghilangkan rasa mengantuk. Pendek kata, pekerjaan apa pun yang anda lakukan di dunia ini, selalunya ada maksud dan tujuannya. Bila tujuan dapat dicapai, anda katakan bahawa pekerjaan itu bagus, dan bila tujuan tidak tercapai, anda akan mengatakan pekerjaan itu teruk.

            Begitu juga dengan mengucap kalimah tayyibbah . Kerana apa anda mengucap kalimah suci itu???? Adakah kerana ingin membezakan antara Islam dan Kafir??? Jika begitu, dimanakah perbezaan tersebut???
Perbezaan itu bererti bahawa ada perbezaan antara hasil-buah dari hidup seorang Muslim dengan hasil-buah dari hidup seorang kafir. Hasil-buah hidup seorang kafir adalah bahawa ia tidak menerima rahmat Allah dan menjadi orang yang sengsara di akhirat nanti, sedangkan hasil-buah hidup seorang Muslim adalah bahawa ia akan menerima ridha Allah dan mendapat kemuliaan di akhirat.           

KEGAGALAN DAN KEJAYAAN DI AKHIRAT

Apa pula erti kejayaan dan kegagalan di akhirat???  Jawapannya sudah diberikan oleh Rasulullah SAW yakni Ad-dun ya mazra'atul akhirah, Dunia adalah ladang akhirat.        
           Ini menunjukkan dunia dan akhirat adalah dua hal yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Dunia ini adalah laksana ladang tempat bercucuk tanam. Manusia dikirim ke ladang ini dengan tujuan agar ia bekerja keras dengan tangannya sendiri untuk memperoleh hasil yang dapat dini'matinya nanti bagi dirinya sendiri. Untuk itu ia telah diberi waktu dari saat lahirnya hingga mati. Apa pun jenis tanaman yang ditanamnya pada masa hidupnya, hasil tanaman itu jugalah yang akan dipetiknya dalam hidupnya sesudah mati nanti, dan hasil itu pula yang akan menjadi makanannya selama hidupnya di akhirat.
  Bila seseorang telah menanam tanaman yang baik di ladang dunia ini pada masa hidupnya dan telah merawatnya dengan air yang berlimpah-limpah dan dengan pengawasan yang cermat, maka bila ia telah berpindah ke dunia yang akan datang, maka akan didapatinya buah dari jerih payahnya itu dalam bentuk tanaman berbuah lebat yang siap untuk dinikmatinya. Di sana nanti ia tidak perlu lagi bekerja keras kerana ia akan hidup senang meni'mati hasil tanaman yang telah ditanamnya dengan kerja susah-payah selama masa hidupnya di dunia ini. Hidup senang inilah yang disebut syurga dan kejayaan di akhirat. Sebaliknya, barangsiapa yang dalam hidupnya di dunia ini menaburkan duri dan menanam tanaman yang pahit dan beracun, maka ia akan memperoleh hasil dari jenis tanaman yang sama dalam hidupnya yang akan datang nanti. Di sana ia tidak akan mendapat kesempatan lagi untuk menebus keburukannya dan menanam tanaman yang baik setelah membakar tanamannya yang buruk sebelumnya. Dan tentu saja ia akan terpaksa memakan hasil tanaman buruknya yang telah ditanamnya dalam hidupnya di dunia ini. Ia akan terpaksa tidur di atas duri-duri yang telah ditanamnya. Inilah yung dimaksud dengan kesengsaraan dan kegagalan di akhirat itu.  Keterangan tadi menunjukkan bahawa kegagalan dan kejayaan seseorang dalam hidup sesudah mati nanti, serta nasib baik atau buruknya, sebenarnya tergantung dari benar atau tidaknya pengetahuan dan perbuatannya di dunia ini.         


PENGETAHUAN APA YANG DIAJARKAN OLEH KALIMAH TAYYIBAH?

1. Penghambaan diri kepada Allah

Hal pertama yang anda pelajari dari kalimah ini adalah bahawa anda adalah budak dari Allah. Setelah mengetahui hal ini, maka secara langsung anda akan mengerti bahawa di dunia ini anda harus berbuat sesuai dengan kehendak Dia yang menjadi Tuan dan Pemilik anda. kerana bila anda berbuat bertentangan dengan kehendakNya, bererti anda telah memberontak terhadapNya.

2. Kepatuhan kepada Muhammad (SAW)

Setelah memahami hal di atas, maka pengetahuan kedua yang anda peroleh dari kalimah ini adalah bahawa Muhammad SAW adalah Utusan Allah. Dan setelah Mengetahui hal ini, jelaslah, dengan sendirinya cara-cara yang anda tempuh dalam menanami dan merawat ladang dunia anda, mestilah menurut cara-cara yang telah diajarkannya kepada anda. Bila anda mengikuti cara yang diajarkannya, maka anda akan memperoleh hasil yang baik di akhirat nanti. Tetapi bila anda bekerja tidak sesuai dengan cara yang diajarkannya, maka bererti anda hanya menanam duri saja di dunia ini dan akan menuai duri pula di akhirat nanti.
         
PERBUATAN MESTI SESUAI DENGAN PENGETAHUAN

Seseorang yang di mulut mengakui Allah sebagai Pemilik dan Penguasanya dan Muhammad SAW sebagai Utusan Allah, dan juga percaya akan hidup sesudah mati, tapi perbuatan-perbuatan dan tingkah-lakunya bertentangan dengan ajaran-ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah, maka imannya yang demikian itu adalah iman yang lemah. Sebagaimana ia yakin bahawa ia tidak akan memperoleh hasil tanpa bertanam, demikian pula apabila ia yakin bahawa tanamannya yang buruk akan menghasilkan buah yang buruk pula, tentulah ia tidak akan lengah tentang hal ini. Tak seorang pun yang dengan sengaja dan sedar mahu menanam duri untuk untuk dirinya. Hanya orang yang tidak percaya bahawa benih duri akan menghasilkan duri sajalah, dan bahawa duri itu akan merugikan dirinya sendiri sajalah, yang akan melakukan hal itu. Anda tentu tidak akan mahu dengan sedar memegang bara api kerana anda yakin bahawa bara itu akan membakar tangan anda. Hanya bayi kecil dan orang gila sajalah yang mahu meletak tangannya dalam api, kerana memang tidak tahu akibatnya.

MANHAJ HIDUP MUSLIM BAB 4 & 5 (2)


Setiap pekara di muka bumi ini mesti ada pro dan kontra nya. Ada yang baik ada juga yang jahat,ada yang kaya ada juga yang miskin, ada yang senang ada juga yang susah. Di dalam bab yang sebelum ini telah menceritakan tentang kalimah tayibbah dan lawan bagi kalimah ini ialah kalimah khatibah. Jadi mari kita sama-sama meneliti,apa itu kalimah khatibah????Kalimah ini mengandungi erti: Tuhan tidak ada di dunia ini, yang ada hanyalah seseorang atau sesuatu, bukan Allah, yang memiliki dan melaksanakan kekuasaan ketuhanan. Fikirkanlah! Adakah pernyataan yang lebih palsu dan tidak berdasar daripada pernyataan ini? Adakah sesuatu di dunia ini yang memberi kesaksian atas kebenarannya? Kaum atheis (mulhid) mengatakan "Tuhan tidak ada". Tetapi semua yang ada di langit dan di bumi menentang kaum tersebut dan mengatakannya sebagai pendusta. Semua yang ada di langit dan bumi beserta seluruh makhluk yang ada di alam semesta ini, adalah ciptaan Allah, dan Allah pulalah yang telah memberi kaum atheis tersebut lidah yang dipakainya untuk mengatakan kedustaan itu. Kaum musyrikin mengatakan bahawa ada kekuatan-kekuatan lain yang menjadi sekutu-sekutu Allah dalam ketuhanannya. Bahawa sekutu-sekutu itu juga ikut memelihara dan menguasai alam semesta ini. Bahawa sekutu-sekutu itu juga memiliki kekuasaan untuk menentukan dan mengubah nasib manusia. Bahawa sekutu-sekutu itu mempunyai wewenang untuk mendatangkan keuntungan, kerugian dan bencana kepada manusia. Bahawa sekutu-sekutu itu juga turut mendengarkan do'a-do'a manusia dan mengabulkannya. Bahawa mereka juga berhak untuk ditakuti dan memperoleh kepercayaan manusia. Bahawa perintah-perintah mereka juga berlaku di bumi Tuhan ini, dan hukumhukum yang mereka buat juga berhak untuk ditaati di samping hukum-hukum Allah. Begitulah kata orang-orang musyrik tersebut. Menjawab pernyataan-pernyataan ini, seluruh yang ada di langit dan di bumi mengatakan bahawa semua itu adalah kebohongan sematamata yang bertentangan sama-sekali dengan kenyataan-kenyataan. Maka fikirkanlah, bagaimana seseorang yang percaya pada kalimah yang batil seperti ini dan hidup sesuai dengan ajarannya dapat berjaya di dunia dan di akhirat? Kerana rahmatNyalah, bahawa Allah masih memberi kesempatan kepada orang-orang seperti ini dan masih memberi rezeki kepada mereka. Dengan demikian kekuatan-kekuatan bumi dan langit pun hanya sedikit yang mahu memberikan keperluan hidup kepada mereka sebagaimana yang diberikan kepada semaksemak dan tumbuh-tumbuhan liar; tetapi tidak satu pun makhluk dan benda di alam semesta ini yang mengakui bahawa mereka harus menolongnya atau menyokongnya dengan sepenuh tenaga.  
       
MENERIMA ISLAM BUKAN BERERTI MENGUNTUNGKAN ALLAH   
bila sesuatu yang diberikan Allah kepada anda, anda pakai untuk mengerjakan sesuatu yang diperintahkanNya, anda sebenarnya tidaklah memberikan keuntungan bagi siapa pun; tidak bagi Allah, tidak pula bagi orang lain. Bila anda memberikan sesuatu atau mengerjakan sesuatu, atau bahkan mengorbankan hidup anda, demi Dia — hal ini mungkin bagi anda adalah sesuatu yang sangat besar — maka anda tidaklah mendatangkan keuntungkan bagi seorang pun.


 Barangsiapa yang melakukan suatu perbuatan yang baik dengan maksud untuk memperoleh pujian atau penghargaan tidak berhak untuk memperoleh pahala dari Allah. Kerana, ia hanya mencari imbalan di dunia ini dan telah mendapatkannya di dunia ini.      




APAKAH PERBEZAAN ANTARA KEDUA-DUANYA???       
Dua KALIMAH ini mempunyai perbezaan yang cukup besar. Perbezaan antara dua kalimah ini boleh diibaratkan seperti 2 pohon pokok yang sama jenis tetapi berlainan akarnya.Setiap kali kalimah tayyibah berbuah, ia akan mengeluarkan buah yang manis dan baik. Ia akan membuahkan kedamaian di dunia ini. Kebaikan, kebenaran dan keadilan akan merata, dan rakyat di seluruh dunia akan beruntung kerananya. Sebaliknya, semakin subur tumbuhnya kalimah khabithah, semakin menyeruak cabang-cabang berdurinya, maka akhirnya pasti ia akan mengeluarkan buah yang pahit dan tidak enak untuk dimakan. Racun akan mengaliri seluruh pembuluh di batangnya. Anda dapat melihat sendiri apa yang terjadi di bahagian dunia di mana kekafiran, kemusyrikan dan atheisme merajalela. Manusia di sana saling ancam mengancam. Pendeknya, tanaman apa pun yang tumbuh dari jenis kalimah khabithah ini pasti akan penuh duri, dan buah apa pun yang dihasilkannya pastilah pahit dan beracun. Setelah memerhati kedua contoh ini, Allah Yang Maha Kuasa pada akhirnya mengatakan:

"Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang dia kehendaki".(Surah Ibrahim: Ayat 27).

Ini bererti bahawa Allah akan memberikan kedudukan yang kuat dan teguh di dunia ini dan di akhirat nanti, kepada mereka yang beriman kepada kalimah tayyibahSebaliknya, Allah akan menyesatkan mereka yang mempercayakan dirinya kepada kalimah khabithah. Mereka tidak akan dapat mengerjakan macam perbuatan baik apa pun, yang dapat memberikan buahnya dalam kehidupan di dunia ini mahupun di akhirat nanti.


Jadi di sini kita dapat melihat dengan jelas hala tuju kita sebenarnya...Sama-samalah kita kembali kepada fitrah~~~




Friday, 27 April 2012

Bab 4 & 5 Manhaj hidup muslim (1)


MAKNA KALIMAT TAYYIBAH



La ilaha illAllah, Muhammadur Rasulullah, Tidak ada Tuhan selain Allah,Muhammad Utusan Allah.

Tuhan adalah Penguasa, Pencipta, Pemelihara dan Pemberi rezki, yang mendengar do'a-do'a kita dan mengabulkannya, dan patut kita puja. Setelah anda mengatakan la ilaha illallah, bererti, yang pertama, anda telah mengakui bahawa dunia ini tidak terwujud tanpa kuasa ciptaan Tuhan, tidak pula dunia ini mempunyai banyak Tuhan. Memang, dunia ini punya Tuhan, dan Tuhan itu hanyalah satu, dan tidak ada wujud lain yang mempunyai kekuasaan ketuhanan kecuali Dia. Yang kedua, hal lain yang anda yakini ketika anda membaca kalimah ini adalah bahawa Tuhan anda itu adalah juga Tuhan seluruh dunia ini. Segala sesuatu yang anda miliki dan juga dimiliki oleh manusia seluruhnya adalah milikNya. Dia-lah yang menciptakan dan memberi rezeki seluruh alam ini. Hidup dan mati ada pada perintahNya. Kesusahan dan kesenangan juga datang dari Dia. Apa pun yang diperoleh seseorang sebenarnya adalah anugerahNya. Apa pun yang terlepas dari seseorang, sesungguhnya adalah kerana kehendakNya. Hanya Dia-lah yang mesti ditakuti, hanya kepadaNyalah kita mesti memohonkan kemahuan dan kehendak kita, hanya di hadapanNyalah kita wajib menundukkan kepala. Hanya Dia-lah yang berhak dipuja dan disembah. Kita tidak boleh menjadi budak atau pelayan dari siapa pun.

Muhammadur rasulullah, yang bererti anda menerima Muhammad SAW sebagai Rasul yang menyampaikan hukum Allah kepada anda. Setelah anda mengakui Allah sebagai Tuan dan Yang Berwenang atas diri anda, maka anda perlu tahu apa saja yang diperintahkanNya. Pekerjaan-pekerjaan apa yang perlu anda lakukan untuk membuatNya senang kepada anda, dan perbuatan-perbuatan apa saja yang mesti anda jauhi agar tidak terkena murkaNya. Aturan hidup mana yang harus anda ikuti untuk memperoleh ampunanNya, dan hukum mana, yang tidak boleh anda langgar, yang bila anda langgar anda akan memperoleh hukumanNya? Allah telah menunjuk Muhammad SAW
sebagai UtusanNya, untuk menerangkan masalah-masalah ini dan mengirimkan KitabNya dengan perantaraannya. Rasulullah hidup menurut aturan yang sesuai dengan perintahperintahNya, dan dengan demikian menjadi teladan bagi semua orang Muslim bagaimana harus mengatur hidup mereka. Jadi, ketika anda mengatakan Muhammadur Rasulullah, bererti pada saat itu anda telah menyatakan kesediaan anda untuk mengikuti aturan dan hukum yang diberikannya dan menolak aturan dan hukum yang bertentangan dengan aturan dan hukumnya.
                                     

Bila anda mempercayakan diri padaNya, maka anda sesungguhnya telah adalah mempercayakan diri pada suatu kekuatan yang maha besar yang adalah Penguasa seluruh harta karun yang tersimpan di langit dan di bumi. Ertinya, bila anda tetap menempatkan kenyataan ini dalam pandangan anda, maka anda akan menyedari bahawa seluruh kekuatan langit dan bumi menyokong orang yang beriman kepada kalimah tayyibah ini dan membentuk hidupnya menurut ajaran kalimah ini. la akan terus berjaya sejak di dunia ini hingga ke akhirat nanti, dan tidak akan pernah kegagalan atau kekalahan menyentuhnya. Inilah yang dikatakan oleh Allah Yang Maha Agung pada awal uraian ini bahawa kalimah ini adalah laksana sebatang pohon yang akar-akarnya terhunjam-dalam di tanah dan cabang-cabangnya menyebar ke segenap penjuru, yang mengeluarkan buah terus-menerus atas perintah Allah.

Pengakuan anda bahawa anda adalah pendukung-pendukung kalimah tayyibah namun mengapa anda semua tidak berjaya, tidaklah benar. Beriman kepada kalimah tayyibah bukan bererti hanya sekadar mengucapkannyacdi mulut saja. Iman itu haruslah berakar dalam hati-sanubari manusia, dengan demikian manusia dapat mengusir kepercayaan apa pun yang bertentang dengan iman, dan membuat seluruh perbuatan dan perilaku manusia sesuai dengan iman tersebut.