LA ILAHA ILLA'LI.AH
MANHAJ HIDUP MUSLIM
Pengabdian diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala adalah merupakan
akar tunjang dan rukun pertama dalam aqidah Islamiyyah yang dijelmakan di dalam
pengakuan: Tiada Tuhan Melainkan Allah (LAA ILAAHA ILLALLAH). Manakala
menerima pengajaran dari Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam mengenai cara
menjalankan dan melaksanakan pengabdian itu adalah merupakan bahagian yang
kedua daripadanya, yang dijelmakan di dalam pengakuan: Muhammad itu ialah Utusan
Allah (MUHAMMADUR RASULULLAH).
Pengakuan yang ringkas dan mutlak itu memberikan panduan kepada
kita untuk membuat kata pemutus mengenai beberapa persoalan pokok mengenai
hakikat agama ini dan mengenai gerakannya di dalam kenyataan.
Pengakuan ini memberi panduan kepada kita dalam membuat garis
pemisah mengenai:
Pertama :Bentuk dan tabiat masyarakat Islam.
Kedua:Program pertumbuhan dan perkembangan masyarakat
Islam.
Ketiga :Program Islam dalam menghadapi masyarakat- masyarakat jahiliyah.
Keempat :Program Islam dalam menghadapi kenyataan hidup umat manusia seluruhnya.
yang semuanya ini merupakan masalah pokok dalam program gerakan
Islam, dulu dan sekarang.
Pengabdian diri itu hendaklah terjelma di dalam bentuk kepercayaan
seperti juga di dalam semua syiar-syiar dan simbol-simbol peribadatan,
sepertimana juga ianya menjelma di dalam peraturan-peraturan dan undang-undang.
Sebab bukanlah menjadi hamba Allah Subhanahu Wata'ala seorang yang tidak
meyakini keesaan dan ketunggalan Allah Subhanahu Wata'ala.
Firman Allah:
Dan Allah berkata:
Janganlah kamu adakan dua Tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu Esa, dan
kepada-Kulah hendaknya kamu takut. Dan bagi-Nyalah apa yang ada di langit dan
di bumi, dan bagi-Nyalah ketaatan dengan tetap, apakah kepada yang selain dari
Allah kamu mahu
berbakti?
(Surah Al-Nahl: Ayat
51-52).
Dan bukanlah hamba
Allah Subhanahu Wata'ala orang yang mempersembahkan atau pun melakukan syi'ar
dan lambang pengabdian kepada yang lain daripada Allah, sama ada bersama-sama
dengan Allah atau pun secara bersendirian dan tidak bersama-sama dengan Allah.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala:
Katakanlah:
"sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidup dan matiku, adalah kerana
Allah Tuhan seru sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan begitulah aku
diperintah dan adalah aku orang Islam yang pertama. (Surah Al-An'am: Ayat
162—163).
Dan bukanlah hamba
Allah Subhanahu Wata'ala orang yang menerima peraturan dan undang-undang dari
yang lain daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Melainkan melalui jalan yang Allah
telah sampaikan kepada kita, iaitu jalan Rasulullah SAW. Firman Allah:
Maksudnya: Atau
adakah bagi mereka sekutu-sekutu yang mengatur untuk mereka sebagai agama,
sesuatu yang Allah tidak izinkan? (Surah Asy-Syura : Ayat 21)
Dan apa-apa yang
diberi oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah, dan apa-apa yang ia larang kamu,
maka jauhilah.
(Surah Al-Hasyr:
Ayat 7)
Dengan demikian,
maka sebelum daripada difikirkan soal mewujudkan sistem masyarakat Islam, dan
sebelum daripada mewujudkan masyarakat Islam di atas landasan sistem itu perlu dan
sayugialah dititikberatkan dahulu kepada kebersihan setiap hati nurani si
Muslim itu dari mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah, dalam
sebarang bentuk dan rupa yang diri kepada yang lain daripada Allah, dalam
sebarang bentuk dan rupa yang telah kita kemukakan tadi, dan hendaklah individu
yang hati nuraninya itu bersih dan suci dari sebarang pengabdian
diri kepada yang
lain daripada Allah itu berkumpul dalam suatu Jama'ah Islamiah dan Jama'ah
yang hati nurani anggota-anggotanya suci bersih dari pengabdian diri kepada
yang lain daripada Allah di segi i'tiqad, ibadat dan perundangan, dari
merekalah akan dapat tumbuh masyarakat Islam, dan akan disertai oleh setiap
orang yang mahu hidup di dalam masyarakat itu dengan 'aqidahnya sendiri
ibadatnya sendiri dan syariatnya sendiri yang menjelma dalam bentuk pengabdian
diri dan ketundukan kepada Allah Subhanahu Wata'ala semata-mata atau dengan
perkataan lain menjelma dalamnya pengakuan: bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
Muhammad ialah utusan Allah (LA ILAHA ILL ALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH).
Begitulah tumbuhnya Jama'ah Islamiyyah yang ulung dahulu dan telah dapat membangunkan
masyarakat Islam yang pertama dan demikian pulalah kaedahnya pertumbuhan
setiap Jema'ah Islamiyyah di setiap ketika dan tempat dan demikian pulalah tumbuhnya
setiap masyarakat muslim bila, mana dan di mana sahaja pun.
Sesungguhnya Islam itu tidak memandang kepada simbol dan kepada
judul yang ditonjolkan oleh masyarakat itu; kerana semuanya itu berpadu di
dalam suatu hakikat sahaja, iaitu: bahawa kehidupan di dalam masyarakat itu
tidak tegak di atas dasar pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah dan semuanya
itu bertemu di dalam suatu hakikat yang menyatukannya, semuanya, iaitu
hakikat: Jahiliyyah.
Dan ini membawa kita kepada persoalan yang penghabisan, iaitu jalan
program Islam dalam menghadapi realiti umat manusia seluruhnya hari ini, esok
dan seterusnya hingga ke akhir zaman dan di sinilah amat berguna sekali penjelasan
kita mengenai "bentuk masyarakat Islam" yang kita huraikan
tadi tentang tabi'at masyarakat Islam itu yang dibangunkan di atas asas
pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah Subhanahu Wata'aladalam semua urusan.
Sesungguhnya penegasan tabiat dan sifat ini akan dapat
memberikan jawapan yang tepat mengenai pertanyaan berikut: "Apakah
asal usul yang menjadi sandaran kepada hidupmanusia? Adakah asal dan di atas
apa hidup manusia itu ditegakkan? Adakah asal agama Allah dan programnya untuk
dihayati? Atau adakah asal itu bersandar kepada realiti hidup manusia itu
sendiri dalam bentuk yang bagaimanapun?
JAWAPANNYA dirujukkan segala sesuatu dan wajib dipercayai ialah:
agama Allah dan programnya untuk dihayati, iaitu pengakuan TIADA TUHAN
MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU UTUSAN ALLAH (LA ILLAHA ILLALAH MUHAMMADUR RASULULLAH)
Agama Allah itu
bukanlah sesuatu yang kabur dan programnya untuk dihayati bukanlah sesuatu yang
pragmatis. Ia sangat tegas dengan rangkaian yang kedua MUHAMMADUR RASULULLAH
(Muhammad itu utusan Allah) ia adalah terlingkung dalam apa yang telah disampaikan
oleh Rasululah dengan nas (teks)nya di dalam perkara-perkara pokok dan dasar. Sekiranya
di sana terdapat nas maka nas itulah yang menjadi hukum dan keputusan dan tidak
ada jalan untuk ijtihad; tetapi kalau tiada nas, maka tibalah peranan dan
giliran ijtihad, menurut patokan dan dasar-dasar yang telah ditetapkan di dalam
panduan Allah Subhanahu Wata'ala sendiri bukan menurut kecenderungan hawa nafsu
dan kemahuan manusia. Firman Allah:
...Maka sekiranya
kamu berbantahan di dalam satu perkara, hendaklah kamu kembalikan dia kepada
Allah dan Rasul...
(Surah Al-Nisa':
Ayat 59).
Dan dasar-dasar yang
telah ditetapkan untuk diijtihadkan dan diistinbat juga telah digariskan dengan
terang dan nyata dan malah dikenal serta diketahui umum, bukan sesuatu yang
kabur dan pragmatis tiada seorang pun yang berhak mengatakan bahawa sesuatu yang dia
putuskan itu "ini ketetapan Allah," yang dilakukannya melainkan
sehingga hukum dan keputusan itu sesuai dan secocok dengan apa yang digaris
oleh Allah, dan bahawa sumber kekuasaan dan keputusan itu ialah Allah Subhanahu
Wata'ala, bukan RAKYAT dan juga bukan PARTI, pun juga bukan sebarang manusia,
segala apa jua pun hendaklah dirujukkan kepada kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya
untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu Wata'ala,dan tidak ada sedikit pun dalam Islam, dan tiada
seorang pun yang berhak atas nama Allah melainkan Rasul-Nya Sallallahu'alaihu Wasallam
dan hanya di sana ada nas-nas tertentu yang menentukan apa yang diperintah oleh
Allah Subhanahu Wata'ala.
Sesungguhnya perkataan "agama untuk realiti" telah
disalahgunakan dan disalahertikan. Memang benarlah bahawa agama itu untuk
realiti, tetapi realiti yang bagaimanakah?
Yang sebenarnya realiti yang boleh diterima itu ialah realiti
yang telah ditumbuhkan oleh agama itu sendiri, mengikut panduan dan jalannya,
selaras dengan fitrah manusia yang semula jadi, yang melaksanakan keperluan-keperluan
"manusia" yang sebenarnya. Keperluankeperluan yang telah diputuskan
oleh Allah yang menciptakannya kerana Allah Maha Mengetahui tentang apa
yang dijadikannya. Firman Allah:
Tidakkah [Tuhan]
yang menjadikan itu tahu, sedangkan Ia-lah yang Halus, Yang Dasar!
(AlMulk: 14)
Agama itu menghadapi
realiti untuk membuat pertimbangan sesuai dengan neracanya. Ia menerima apa yang
diterimanya dan memansukh apa yang dimansukhkannya; dan ia akan mengadakan suatu
realiti yang lain kalau didapatinya realiti yang sedang wujud itu tidak sesuai.
Realiti
yang dihasilkan oleh
agama itulah realiti yang sebenarnya. Inilah pengertian yang sebenarnya bahawa
Islam itu agama untuk realiti; atau itulah yang sepatutnya dimengerti
benar-benar. Mungkin di sini timbul satu soalan pula: "Bukankah muslihat
dan kepentingan umat manusia itu yang mesti membentuk realiti untuk
mereka?"
Dalam hal ini perlu
kita kembali kepada pokok pangkal persoalan dan perlu kita kembali kepada
pertanyaan yang dibuat dan dijawab sendiri oleh Islam: (adakah kamu yang lebih
mengerti, ataukah Allah yang Lebih Mengetahui?) dan:
...(Dan Allahlah
Yang Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak tahu). (Surah Ali-Imran: Ayat 66)
...Mereka hanya
menurut sangkaan dan mengikut apa yang diinginkan oleh hawa nafsu mereka, pada
hal sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka. Atau
apakah manusia itu akan mendapat apa-apa yang ia mahu? Maka kepunyaan Allahlah
akhirat dan dunia. (Surah Al-Najm: Ayat 23—25).
Dan kafirlah sesiapa
jua yang mendakwa bahawa muslihatnya berlawanan dengan apa yang telah
disyari'atkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala, dan orang seperti itu tidak kekal dalam
Islam walau sesaat pun.