Maslamah bin abdul malik bercerita: “suatu hari,selepas solat Subuh aku
pergi menziarahi Umar Abdul Aziz. Ketika itu, Umar berada di sebuah bili yang
biasanya beliau duduk bersendirian di dalamnya selepas solat Subuh. Pada saat
itu,tiada sesiapa pun yang dibenarkan masuk untuk berurusan dengan beliau.
“tiba-tiba datang seorang khadam perempuan membawa Sebeka buah tamar sihanly
untuknya. Umar sangat sukakan buah tamar. Umar lalu mengambil sebahagian
buah tamar tersebut dengan kedua-dua telapak tangannya sambil berkata kepadaku:
“wahai maslamah! Apakah pandanganmu terhadap seorang lelaki yang memakan semua
buah tamar yang berada pada kedua telapak tanganku,ini dan selepas itu, ia pun
meminum segelas air. Sesungguhnya minum
air selepas memakan buah tamar adalah suatu amalan yang baik. Persoalannya,adakah
buah tamar yang dimakannya itu sudah cukup untuk mengenyangkan sehingga waktu
malam?
Jawabku: “aku tidak pasti, wahai amirul mukminin!”
Umar kemudian megambil sekali lagi buah tamar tadi dengan kedua-dua
telapak tangan. Tetapi kali ini ia lebih banyak dari yang sebelumnya. Lalu beliau
bertanya lagi kepadaku: “kalau sebanyak ini.”
Jawabku: “ya, wahai amirul mukminin ! kalau sebanyak ini, lelaki
tersebut akan mampu bertahan sehingga ke wakt malam tanpa perlu mengambil
mana-mana makanan selainnya.”
Lalu umar katakana kepadaku: “atas alas an apakah lagi ia mesti memasuki
neraka?”
Kalau
lihat cerita di atas, kita boleh amik ibroh/pengajaran,
Genggaman buah tamar tadi boleh diibaratkan
sebagai *syahadah haq (qauliyah @ fi’liyah) yang boleh kita sampaikan kepada umat
islam mahupun bukan islam.(bedasarkan kemampuan seseorang).
Kekenyangan(mampu
bertahan) boleh diibaratkan sebagai penerimaan seseorang yang tidak lagi
memahami syahadah.
*SYAHADATUL AL-HAQ bermaksud Pengakuan
Sebenar Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah
Utusan Allah.“Syahadah Al-Haq” bukan sekadar mengimani kewujudan Allah,
malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat. Malah tanggungjawab syahadah
ini juga tidak cukup setakat mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji.
Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang-orang yang beriman menyampaikan
kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak yang
terpuji dan pemerintahan yang adil. Maksudnya di sini adalah kita perlu
melaksanakan tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran.
يُبَصَّرُونَهُمْ يَوَدُّ الْمُجْرِمُ لَوْ يَفْتَدِي مِنْ عَذَابِ يَوْمِئِذٍ بِبَنِيهِ (11) وَصَاحِبَتِهِ وَأَخِيهِ (12) وَفَصِيلَتِهِ الَّتِي تُؤْوِيهِ (13) وَمَنْ فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ يُنْجِيهِ (14(al-Maarij:11-14)11. Sedang mereka saling melihat. Orang kafir ingin kalau sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab hari itu dengan anak-anaknya. 12. Dan isterinya dan saudaranya. 13. Dan kaum familinya yang melindunginya (di dunia). 14. Dan orang-orang diatas bumi seluruhnya, kemudian (mengharapkan) tebusan itu dapat menyelamatkannya.
Dalam ayat ini menerangkan bahwa orang-orang
kafir mengharapkan pada hari itu agar terlepas dari azab yang mereka derita
itu, dengan cara menebus diri dengan anak-anak mereka, isteri-isteri mereka,
saudara-saudara mereka, kaum mereka, dan manusia yang ada dibumi yang semuanya
itu saling membantu selama dibumi. Karena
demikianlah yang mereka lakukan selama didunia, saling tolong menolong meskipun
mereka berbuat kejahatan dan kezaliman. (Kesengsaraan dan penderitan pada
hari kiamat itu sangatlah berat, sehingga orang tidak dapat memikirkan nasib
orang lain.)
Atas alas an apakah ia akan memasuki neraka??