Wednesday 30 May 2012

MANHAJ HIDUP MUSLIM BAB 12



LA ILAHA ILLA'LI.AH
MANHAJ HIDUP MUSLIM

Pengabdian diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala adalah merupakan akar tunjang dan rukun pertama dalam aqidah Islamiyyah yang dijelmakan di dalam pengakuan: Tiada Tuhan Melainkan Allah (LAA ILAAHA ILLALLAH). Manakala menerima pengajaran dari Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam mengenai cara menjalankan dan melaksanakan pengabdian itu adalah merupakan bahagian yang kedua daripadanya, yang dijelmakan di dalam pengakuan: Muhammad itu ialah Utusan Allah (MUHAMMADUR RASULULLAH).

Pengakuan yang ringkas dan mutlak itu memberikan panduan kepada kita untuk membuat kata pemutus mengenai beberapa persoalan pokok mengenai hakikat agama ini dan mengenai gerakannya di dalam kenyataan.
Pengakuan ini memberi panduan kepada kita dalam membuat garis pemisah mengenai:

Pertama :Bentuk dan tabiat masyarakat Islam.
Kedua:Program pertumbuhan dan perkembangan masyarakat
Islam.
Ketiga :Program Islam dalam menghadapi masyarakat- masyarakat    jahiliyah.
Keempat :Program Islam dalam menghadapi kenyataan hidup           umat manusia seluruhnya.
yang semuanya ini merupakan masalah pokok dalam program gerakan Islam, dulu dan sekarang.

Pengabdian diri itu hendaklah terjelma di dalam bentuk kepercayaan seperti juga di dalam semua syiar-syiar dan simbol-simbol peribadatan, sepertimana juga ianya menjelma di dalam peraturan-peraturan dan undang-undang. Sebab bukanlah menjadi hamba Allah Subhanahu Wata'ala seorang yang tidak meyakini keesaan dan ketunggalan Allah Subhanahu Wata'ala.
Firman Allah:

Dan Allah berkata: Janganlah kamu adakan dua Tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu Esa, dan kepada-Kulah hendaknya kamu takut. Dan bagi-Nyalah apa yang ada di langit dan di bumi, dan bagi-Nyalah ketaatan dengan tetap, apakah kepada yang selain dari
Allah kamu mahu berbakti?
(Surah Al-Nahl: Ayat 51-52).

Dan bukanlah hamba Allah Subhanahu Wata'ala orang yang mempersembahkan atau pun melakukan syi'ar dan lambang pengabdian kepada yang lain daripada Allah, sama ada bersama-sama dengan Allah atau pun secara bersendirian dan tidak bersama-sama dengan Allah. Firman Allah Subhanahu Wata'ala:

Katakanlah: "sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidup dan matiku, adalah kerana Allah Tuhan seru sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan begitulah aku diperintah dan adalah aku orang Islam yang pertama. (Surah Al-An'am: Ayat 162—163).

Dan bukanlah hamba Allah Subhanahu Wata'ala orang yang menerima peraturan dan undang-undang dari yang lain daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Melainkan melalui jalan yang Allah telah sampaikan kepada kita, iaitu jalan Rasulullah SAW. Firman Allah:

Maksudnya: Atau adakah bagi mereka sekutu-sekutu yang mengatur untuk mereka sebagai agama, sesuatu yang Allah tidak izinkan? (Surah Asy-Syura : Ayat 21)

Dan apa-apa yang diberi oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah, dan apa-apa yang ia larang kamu, maka jauhilah.
(Surah Al-Hasyr: Ayat 7)

Dengan demikian, maka sebelum daripada difikirkan soal mewujudkan sistem masyarakat Islam, dan sebelum daripada mewujudkan masyarakat Islam di atas landasan sistem itu perlu dan sayugialah dititikberatkan dahulu kepada kebersihan setiap hati nurani si Muslim itu dari mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah, dalam sebarang bentuk dan rupa yang diri kepada yang lain daripada Allah, dalam sebarang bentuk dan rupa yang telah kita kemukakan tadi, dan hendaklah individu yang hati nuraninya itu bersih dan suci dari sebarang pengabdian
diri kepada yang lain daripada Allah itu berkumpul dalam suatu Jama'ah Islamiah dan Jama'ah yang hati nurani anggota-anggotanya suci bersih dari pengabdian diri kepada yang lain daripada Allah di segi i'tiqad, ibadat dan perundangan, dari merekalah akan dapat tumbuh masyarakat Islam, dan akan disertai oleh setiap orang yang mahu hidup di dalam masyarakat itu dengan 'aqidahnya sendiri ibadatnya sendiri dan syariatnya sendiri yang menjelma dalam bentuk pengabdian diri dan ketundukan kepada Allah Subhanahu Wata'ala semata-mata atau dengan perkataan lain menjelma dalamnya pengakuan: bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad ialah utusan Allah (LA ILAHA ILL ALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH).
Begitulah tumbuhnya Jama'ah Islamiyyah yang ulung dahulu dan telah dapat membangunkan masyarakat Islam yang pertama dan demikian pulalah kaedahnya pertumbuhan setiap Jema'ah Islamiyyah di setiap ketika dan tempat dan demikian pulalah tumbuhnya setiap masyarakat muslim bila, mana dan di mana sahaja pun.

Sesungguhnya Islam itu tidak memandang kepada simbol dan kepada judul yang ditonjolkan oleh masyarakat itu; kerana semuanya itu berpadu di dalam suatu hakikat sahaja, iaitu: bahawa kehidupan di dalam masyarakat itu tidak tegak di atas dasar pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah dan semuanya itu bertemu di dalam suatu hakikat yang menyatukannya, semuanya, iaitu hakikat: Jahiliyyah.
Dan ini membawa kita kepada persoalan yang penghabisan, iaitu jalan program Islam dalam menghadapi realiti umat manusia seluruhnya hari ini, esok dan seterusnya hingga ke akhir zaman dan di sinilah amat berguna sekali penjelasan kita mengenai "bentuk masyarakat Islam" yang kita huraikan tadi tentang tabi'at masyarakat Islam itu yang dibangunkan di atas asas pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah Subhanahu Wata'aladalam semua urusan.
Sesungguhnya penegasan tabiat dan sifat ini akan dapat memberikan jawapan yang tepat mengenai pertanyaan berikut: "Apakah asal usul yang menjadi sandaran kepada hidupmanusia? Adakah asal dan di atas apa hidup manusia itu ditegakkan? Adakah asal agama Allah dan programnya untuk dihayati? Atau adakah asal itu bersandar kepada realiti hidup manusia itu sendiri dalam bentuk yang bagaimanapun?
JAWAPANNYA dirujukkan segala sesuatu dan wajib dipercayai ialah: agama Allah dan programnya untuk dihayati, iaitu pengakuan TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU UTUSAN ALLAH (LA ILLAHA ILLALAH MUHAMMADUR RASULULLAH)

Agama Allah itu bukanlah sesuatu yang kabur dan programnya untuk dihayati bukanlah sesuatu yang pragmatis. Ia sangat tegas dengan rangkaian yang kedua MUHAMMADUR RASULULLAH (Muhammad itu utusan Allah) ia adalah terlingkung dalam apa yang telah disampaikan oleh Rasululah dengan nas (teks)nya di dalam perkara-perkara pokok dan dasar. Sekiranya di sana terdapat nas maka nas itulah yang menjadi hukum dan keputusan dan tidak ada jalan untuk ijtihad; tetapi kalau tiada nas, maka tibalah peranan dan giliran ijtihad, menurut patokan dan dasar-dasar yang telah ditetapkan di dalam panduan Allah Subhanahu Wata'ala sendiri bukan menurut kecenderungan hawa nafsu dan kemahuan manusia. Firman Allah:

...Maka sekiranya kamu berbantahan di dalam satu perkara, hendaklah kamu kembalikan dia kepada Allah dan Rasul...
(Surah Al-Nisa': Ayat 59).

Dan dasar-dasar yang telah ditetapkan untuk diijtihadkan dan diistinbat juga telah digariskan dengan terang dan nyata dan malah dikenal serta diketahui umum, bukan sesuatu yang kabur dan pragmatis tiada seorang pun yang berhak mengatakan bahawa sesuatu yang dia putuskan itu "ini ketetapan Allah," yang dilakukannya melainkan sehingga hukum dan keputusan itu sesuai dan secocok dengan apa yang digaris oleh Allah, dan bahawa sumber kekuasaan dan keputusan itu ialah Allah Subhanahu Wata'ala, bukan RAKYAT dan juga bukan PARTI, pun juga bukan sebarang manusia, segala apa jua pun hendaklah dirujukkan kepada kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu Wata'ala,dan  tidak ada sedikit pun dalam Islam, dan tiada seorang pun yang berhak atas nama Allah melainkan Rasul-Nya Sallallahu'alaihu Wasallam dan hanya di sana ada nas-nas tertentu yang menentukan apa yang diperintah oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
Sesungguhnya perkataan "agama untuk realiti" telah disalahgunakan dan disalahertikan. Memang benarlah bahawa agama itu untuk realiti, tetapi realiti yang bagaimanakah?
Yang sebenarnya realiti yang boleh diterima itu ialah realiti yang telah ditumbuhkan oleh agama itu sendiri, mengikut panduan dan jalannya, selaras dengan fitrah manusia yang semula  jadi, yang melaksanakan keperluan-keperluan "manusia" yang sebenarnya. Keperluankeperluan yang telah diputuskan oleh Allah yang menciptakannya kerana Allah Maha Mengetahui tentang apa yang dijadikannya. Firman Allah:

Tidakkah [Tuhan] yang menjadikan itu tahu, sedangkan Ia-lah yang Halus, Yang Dasar!
(AlMulk: 14)

Agama itu menghadapi realiti untuk membuat pertimbangan sesuai dengan neracanya. Ia menerima apa yang diterimanya dan memansukh apa yang dimansukhkannya; dan ia akan mengadakan suatu realiti yang lain kalau didapatinya realiti yang sedang wujud itu tidak sesuai. Realiti
yang dihasilkan oleh agama itulah realiti yang sebenarnya. Inilah pengertian yang sebenarnya bahawa Islam itu agama untuk realiti; atau itulah yang sepatutnya dimengerti benar-benar. Mungkin di sini timbul satu soalan pula: "Bukankah muslihat dan kepentingan umat manusia itu yang mesti membentuk realiti untuk mereka?"
Dalam hal ini perlu kita kembali kepada pokok pangkal persoalan dan perlu kita kembali kepada pertanyaan yang dibuat dan dijawab sendiri oleh Islam: (adakah kamu yang lebih mengerti, ataukah Allah yang Lebih Mengetahui?) dan:

...(Dan Allahlah Yang Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak tahu). (Surah Ali-Imran: Ayat 66)

...Mereka hanya menurut sangkaan dan mengikut apa yang diinginkan oleh hawa nafsu mereka, pada hal sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka. Atau apakah manusia itu akan mendapat apa-apa yang ia mahu? Maka kepunyaan Allahlah akhirat dan dunia. (Surah Al-Najm: Ayat 23—25).

Dan kafirlah sesiapa jua yang mendakwa bahawa muslihatnya berlawanan dengan apa yang telah disyari'atkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala, dan orang seperti itu tidak kekal dalam Islam walau sesaat pun.

Wednesday 23 May 2012

MANHAJ HIDUP MUSLIM BAB 11(2)


APAKAH SYARI'AH ITU?
                                       
Syari'ah bererti cara dan jalan. Bagaimana cara anda untuk mengabdi kepada Allah, dan jalan mana yang harus ditempuh dalam
pengabdian anda kepada-Nya, itulah yang disebut syari'ah.

Perbezaan antara din dan syari'ah adalah bahawa, din selamanya adalah satu dan sama, baik dahulu mahupun sekarang, maka syari'ah adalah banyak. Sebahagian daripadanya dihapuskan, sebahagian lagi diganti. Tapi perubahan-perubahan dalam syari'ah ini tidaklah mengubah din. Din-nya Nabi Nuh adalah sama dengan din-nya Nabi Ibrahim, Musa Isa (Yesus), Syu'aib, Saleh, Hud, dan Muhammad Sallallahu'alaihi Wasallam, tetapi masing-masing syari'ah dari tiap-tiap Rasul tersebut berbeza satu sama lain sampai sejauh tertentu.

meskipun ada perbezaan-perbezaan dalam syari'ah ini, namun semuanya adalah sama-sama Muslim pengikut-pengikut Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Isa, pengikut-pengikut Nabi Musa, dan kita semua ini adalah juga orang-orang Muslim kerana din kita adalah satu dan sama. Ini menunjukkan bahawa din tidak terpengaruh oleh perbezaan-perbezaan dalam peraturan-peraturan syari'ah. Din tetap sama walaupun cara-cara untuk melaksanakannya berbeza.

SIFAT PERBEZAAN DALAM SYARI'AH

Untuk memahami perbedaan ini, marilah kita umpamakan ada seorang tuan yang mempunyai banyak pelayan. Seorang pelayan yang tidak mengakui tuannya dengan semestinya, dan tidak menganggap perintahnya layak untuk ditaati, adalah pelayan yang pembangkang dan tidak patut disebut pelayan. Sedangkan mereka yang mengakui tuannya
sebagai tuan, merasa berkewajiban menjalankan perintah-perintahnya dan takut untuk membangkang terhadapnya, adalah layak disebut pelayan. Apabila cara-cara melaksanakan tugas yang diberikan oleh tuan mereka itu berbeza satu sama lain, maka hal itu tidaklah mempengaruhi sifat rupa mereka sebagai pelayan. Bila sang tuan menunjukkan satu cara untuk me layaninya kepada seorang pelayan dan menunjukkan cara yang lain kepada pelayan yang lain, maka pelayan yang pertama tidak berhak untuk mengatakan bahawa hanya dia sendirilah pelayan tuannya itu dan pelayan yang kedua itu bukan. Sama halnya, apabila pemahaman seorang pelayan tentang perintah tuannya berbeza dengan pemahaman pelayan yang lain tetapi keduanya melaksanakan perintah itu sebagaimana menurut pemahaman masing-masing, maka kedua pelayan tersebut adalah sama-sama mengabdi pada tuannya dengan pengabdian yang sama. Mungkin yang satu salah dalam memahami maksud perintah itu sedang yang lain dapat memahaminya dengan betul. Tetapi selama keduanya tetap melaksanakan perintah-perintah tersebut, maka tidak seorang pun boleh mengatakan kepada pelayan yang salah faham itu bahawa, ia telah membangkang perintah tuannya dan kerana itu ia dipecat dari jabatannya.

SIFAT PERBEZAAN DALAM MAZHAB FIQH

Sekarang, apabila sebahagian orang Islam memahami perintah-perintah dalam syari'ah itu dengan sesuatu pengertian dan sebahagian orang Islam yang lain memahaminya dengan pengertian yang berbeza, maka kedua kelompok orang Islam tersebut tetaplah orang-orang Islam, walaupun masing-masing memilikipengertian yang berbeza tentang perintah-perintah tersebut, dan menjalankannya dengan cara yang berbeza pula, kerana masing-masing yang mengikuti sesuatu cara berkeyakinan bahawa
cara itulah yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini, masing-masing kelompok tidak berhak untuk mengatakan bahawa kelompoknya sendiri adalah hamba-hamba Allah yang sebenarnya, sedang kelompok yang lain bukan. Yang dapat dikatakannya adalah bahawa kelompoknya sendirilah yang memiliki pemahaman yang tepat mengenai perintah Allah, sedangkan kelompok yang lain tidak. Tetapi mereka sama sekali tidak berhak memecat kelompok yang lain itu dari kedudukan mereka sebagai orang-orang Islam. Barangsiapa yang berani memecat seorang Islam dari kelslamannya bererti telah menganggap dirinya sebagai Tuhan. Seolah-olah ia berkata: "Sebagaimana yang engkau ketahui, adalah wajib bagimu
untuk mentaati perintah-perintah Allah, demikian pula wajib bagimu untuk tunduk pada pemahamanku tentang perintah Allah itu. Apabila kamu tidak mahu tunduk, maka dengan kehendakku sendiri aku akan memecatmu dari kedudukanmu sebagai hamba Allah". Bayangkan, betapa gawatnya hal ini! Kerana itu Rasulullah SAW mengatakan:

"Barangsiapa dengan semena-mena mengecap seorang Muslim sebagai kafir, maka tuduhannya itu akan berbalik kepada dirinya". Kerana Allah hanya mewajibkan seorang Muslim taat kepada perintah-Nya saja, si penuduh itu berkata: "Tidak, kamu juga harus tunduk pada penafsiran dan penilaianku" (yang bererti: Tuhanmu bukan hanya Tuhan sendiri saja, tetapi aku juga adalah tuhanmu yang kecil). Dan apabila kamu tidak tunduk pada perintahku, maka dengan kehendakku sendiri aku akan memecat dari kedudukanmu sebagai hamba Tuhan, tidak peduli sama ada Tuhan memecatmu
 atau tidak". Barangsiapa yang sewenang-wenangnya berkata seperti ini, bererti ia telah melibatkan dirinya ke dalam bahaya menjadi seorang kafir, terlepas dari apakah orang yang dikata-katakannya itu berubah dari Muslim menjadi kafir atau tidak.

BAHAYANYA TIDAK MEMAHAMI PERBEZAAN ANTARA "DIN" DAN "SYARI'AH"
Berbagai mazhab yang anda lihat, terdapat di kalangan umat Islam, seperti mazhab Hanafi, Syafi'i, Ahlul Hadith dan sebagainya, semuanya mengakui Al-Qur'an dan Hadith seagai pegangan terakhir dan melaksanakan ajaran-ajaran daripadanya sesuai dengan pemahaman mereka. Mungkin bahawa pemahaman yang dimiliki suatu mazhab adalah betul dan pemahaman yang lain keliru. Saya sendiri adalah penganut salah satu mazhab tersebut dan menganggapnya betul. dan saya juga mengemukakan hujjah dengan mereka yang menentang mazhab saya, untuk menerangkan kepada mereka apa yang saya anggap benar dan
membuktikan apa yang saya pandang salah. Tetapi menganggap pendapat orang lain salah adalah berbeza dengan mengkafirkannya. Setiap orang Islam punya hak untuk mengikuti syari'ah menurut pemahamannya sendiri. Apabila sepuluh orang Islam mengikuti sepuluh cara yang berbeda, mereka semuanya adalah tetap orang-orang Islam selama mereka masih percaya pada syari'ah Islam. Mereka tetap merupakan satu ummah dan tidak ada alasan bagi mereka untuk membentuk kelompok yang terpisah-pisah. Tetapi orang-orang yang tidak memahami hal ini lalu memecah belah masyarakat Islam menjadi kelompok-kelompok yang terpisah-pisah kerana soal-soal yang remeh, saling menyerang, saling berpisah solat dan masjid, menghentikan saling kahwin-mengahwini dan saling berhubungan, dan kegiatan kelompok-kelompok yang terdiri dari orang-orang sesama golongannya sendiri, dengan cara sedemikian rupa seolah-olah masing-masing kelompok adalah satu umat yang berdiri sendiri.

BAHAYA PERPECAHAN
Di Hindustan ini, ada 80 juta orang Islam. Seandainya masyarakat yang demikian besarnya ini betul-betul bersatu dan berjuang bahu-membahu untuk menegakkan kalimah Allah, siapa di dunia ini yang akan berani menganggap ringan terhadap mereka? Tetapi dalam kenyatannya, kerana adanya perpecahan-perpecahan di kalangan umat, umat ini telah terpecah-pecah menjadi beratus-ratus golongan. Masing-masing golongan saling membenci, dan kerananya tidak dapat bersatu bahkan dalam keadaan yang paling gawat sekalipun. Masing-masing kelompok umat Islam saling berprasangka melebihi prasangka orang Yahudi terhadap orang Kristian. Seringkali terjadi seorang anggota suatu kelompok umat Islam
berpihak kepada orang-orang kafir untuk menghinakan seorang anggota kelompok umat Islam yang lain. Dalam keadaan begini, jangan hairan bila anda melihat umat Islam dikalahkan dan dikuasai orang lain. Itulah akibat yang ditimbulkan oleh perbuatan mereka sendiri. Mereka telah terkena hukuman yang telah dinyatakan Allah dalam Al-Qur'an.

"... atau Dia mencampurkan kamu dalam golongan-golongan (yang saling bertentangan) dan merasakan kepada sebahagian kamu keganasan sebahagian yang lain
(Surah Al-An'am: Ayat 65).

Ertinya, salah satu hukuman Allah ialah bahawa Ia membahagi-bahagikan anda sekalian menjadi golongan-golongan yang berbeza-beza dan menjadikan golongan yang satu menjadi musuh golongan yang lain. Tidak ada satu dalil pun dalam Syari'ah Allah yang dapat dijadikan dasar untuk menjadikan mazhab-mazhab Ahlul Hadith, Hanafi, Deobandi, Brelvi, Syi'ah, Sunni dan sebagainya sebagai umat-umat yang terpisah-pisah. Umat-umat semacam ini adalah hasil dari kejahilan. Allah hanya menjadikan satu umat saja, iaitu: "Umat Muslimah."

MANHAJ HIDUP MUSLIM BAB 11(1)


PERBEZAAN ANTARA DIN DAN SYARI'AH

ERTI "DIN"
Din mempunyai beberapa erti. Erti yang pertama adalah "kehormatan pemerintahan, negara, kemaharajaan dan kekekuasaan". Erti yang kedua sangat bertentangan dengan erti yang pertama, yaitu: "ketundukan, kepatuhan, perbudakan, penghambaan, dan penyerahan". Erti ketiga adalah "memperhitungkan, mengadili, memberi ganjaran dan hukuman atas perbuatan-perbuatan". Ketiga erti ini dipakai dalam Qur'an.
Allah mengatakan:

"Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah, hanyalah Islam ...". (Surah Ali 'Imran, Ayat: 19).

Ini bererti bahawa bagi Allah yang disebut din adalah ajaran yang membuat manusia mengakui hanya Allah saja yang menjadi Pemilik Kemuliaan dan Kehormatan, dan yang tidak membuat manusia bersujud di hadapan siapa pun kecuali Allah.

Manusia diciptakan tidak untuk menjadi pelayan atau budak dari siapa pun selain Allah, tidak pula ada majikan yang sebenarnya selain Dia yang mampu memberi ganjaran dan hukuman. Kenyataan ini telah ditunjukkan dalam dua ayat berikut:

"Dan barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan di akhirat termasuk orang-orang yang rugi". (Surah Ali 'Imran: Ayat 85).

Ertinya, barangsiapa, dengan sengaja mengabaikan kedaulatan dan kemaharajaan Tuhan, mengakui manusia lain sesamanya sebagai majikan dan penguasa, serta menjadi pelayan dan hambanya, dan menganggapnya sebagai pemberi ganjaran dan hukuman, maka Tuhan tidak akan menerima din-nya, kerana:

"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus…" (Surah Al-Bayyinah: Ayat 5).

Kerana itu, wajiblah manusia memalingkan diri dari sesama makhluk dan memusatkan perhatian mereka hanya kepada din mereka saja, yaitu kepatuhan dan penghambaan kepada Allah. Manusia harus mengabdikan diri untuk melayani-Nya dengan sepenuh hati, dan hanya takut akan tanggungjawab terhadap-Nya saja.

"Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nyalah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa, dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan". (Surah Ali 'Imran: Ayat 83).

Apakah manusia mahu membuat rencana sendiri yang bertentangan
dengan rencana seluruh alam semesta yang terdiri dari bumi dan langit.

"Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (al-Qur'an) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai".
(Surah al-Taubah: Ayat 33).

Ini bererti bahawa Allah telah mengutus Utusan-Nya dengan membawa din yang benar dengan tujuan mengakhiri kedaulatan semua Tuhan-tuhan palsu, dan meningkatkan darjat manusia sedemikian rupa, sehingga ia tidak lagi menjadi pelayan dari siapa pun kecuali Penguasa alam-semesta, tidak peduli keberatan apa pun yang diajukan oleh kaum musyrik dan kafir terhadapnya, kerana kejahilan mereka.

"Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah ..." (Surah Al-Anfal: Ayat 39).

Ertinya, anda harus melakukan peperangan, sehingga kejahatan kedaulatan makhluk — bukan kedaulatan Allah — dapat dilenyapkan, dan hanya hukum Allah saja yang berlaku di dunia ini, kedaulatan Allah saja yang diakui dan manusia hanya menjadi hamba Allah sematamata.
Dari penjelasan-penjelasan tersebut di atas, tentulah anda sekarang boleh memahami erti din (agama), yakni:
O Mengakui hanya Allah saja sebagai Tuhan, Majikan, dan Penguasa.
O Taat hanya kepada Allah saja, serta mengabdi hanya kepada-Nya saja.
O Takut akan pertanggungjawaban terhadap Allah, takut pada hukuman-Nya, dan sangat mengharapkan ganjaran-Nya.

sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an:

"Wahai anak-anak Adam, jika datang kepadamu rasul-rasul dari kalanganmu sendiri yang menceritakan kepadamu ayat-ayat-Ku, maka barangsiapa yang bertaqwa dan mengadakan perbaikan, tidaklah ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati". (Surah Al-A’raf: Ayat 35).

Inilah tepatnya erti yang tekandung dalam din.




Monday 21 May 2012

MANHAJ HIDUP MUSLIM BAB 10


KESEJAHTERAAN MANUSIA TERLETAK PADA KEPATUHAN
TERHADAP ALLAH
 "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Allah pelindung orang-orang yang beriman: Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran)kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya".
(Surah Al-Baqarah: Ayat 256—257). 
PATUH KEPADA SELAIN ALLAH ADALAH
PENYELEWENGAN

Anda tahu bahawa hidup anda terikat oleh beribu mata rantai hubungan. Hubungan anda yang pertama adalah dengan jasad anda sendiri. Tangan, kaki, mata, telinga, lidah, otak, hati, perut, semuanya diberikan Allah untuk melayani kepentinganmu. ikatan dengan anggota keluarga anda. hubungan dengan beribu manusia di dunia ini.
Pendeknya, anda, tidak dapat tidak, mesti terus-menerus berurusan dengan begitu banyak orang yang tidak mampu anda hitung. Dan kebahagiaan anda, kehormatan dan nama baik anda di dunia ini, semuanya tergantung pada kemampuan anda untuk mempertahankan hubungan-hubungan ini atas dasar tingkah laku yang benar. Dan sama halnya, di akhirat nanti anda boleh memperoleh tempat terhormat di sisi Allah, hanya apabila anda tidak pernah merampas hak-hak seseorang dan tidak pernah berlaku zalim terhadap siapapun. Anda akan memperoleh tempat terhormat di akhirat nanti, apabila di sana tidak ada yang menuntut dan menuduh anda telah merosakkan kehidupan atau merugikan kehormatan, hidup atau harta benda seseorang secara tidak sah. Kerana itu anda juga harus memutuskan bagaimana memelihara hubungan-hubungan yang tidak terhitung banyaknya ini dengan cara yang sepatutnya, dan menghindarkan perbuatan-perbuatan yang boleh merosak hubungan ini.

Bila anda berusaha mencari pengetahuan tentang semua hal ini dalam diri anda sendiri, anda tidak akan mendapatkannya kerana diri manusia (nafs) sendiri adalah jahil. Apalagi yang dipunyai nafsu itu selain dorongan-dorongan keinginan jasmani. Apabila anda menyerahkan diri kepada nafsu yang jahil dan menyeleweng itu, tentu ia akan menyeret anda menjadi orang yang hanya mementingkan diri sendiri, menjadi orang yang berakhlak buruk dan rosak, hidup anda akan hancur di dunia dan di akhirat nanti.
 Hal kedua yang mungkin terjadi dari mengikuti nafsu anda sendiri, adalah anda mempercayakan diri pada manusia-manusia seperti anda sendiri, dan menyerahkan diri anda kepada kekuasaan mereka dan membiarkan mereka menyeret anda ke mana saja mereka kehendaki. Pendeknya, dengan mempercayakan diri pada orang Iain, anda tidak akan mendapatkan petunjuk pengetahuan yang dapat membimbing anda untuk membezakan mana yang benar dan mana yang salah, dan anda tidak akan dapat menempuh jalan yang benar dalam hidup di dunia ini.

BAGAIMANA MEMPEROLEH MANFAAT DARI BIMBINGAN ILAHI?

Diperlukan dua hal untuk memperoleh manfaat dari petunjuk yang diberikan Allah.
Pertama, percaya sepenuhnya kepada Allah dan Rasul-Nya yang membawa petunjuk itu.Ertinya, anda harus betul-betul yakin bahawa petunjuk apa pun yang diberikan oleh Rasulullah berdasarkan Wahyu Ilahi adalah mutlak benar, lepas dari apakah anda memahami kebijaksanaan yang ada di sebalik petunjuk itu atau tidak.






Kedua, setelah mempercayai petunjuk itu, anda harus segera menurutinya; kalau tidak, anda tidak akan memperoleh hasil apa-apa. Misalkan ada seseorang yang mengatakan kepada anda bahawa suatu makanan mengandungi racun yang mematikan, kerana itu jangan dimakan. Lalu anda berkata: "Kamu pasti benar. Makanan itu tentu mengandungi racun dan boleh mematikan". Tetapi setelah mempercayai hal itu anda lalu memakan makanan itu. Tentu saja akibatnya akan sama saja dengan apabila anda memakannya tanpa tahu bahawa makanan itu beracun.
Itulah sebabnya Allah berulang-ulang menegaskan:

"Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul-Nya ...". (Surah, Al-Ma"idah, Ayat: 92). "... Dan jika kamu taat kepadanya (Rasul), nescaya kamu mendapat petunjuk ...". (Surah, Al-Nur, Ayat: 54). 
Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain). Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih".(Surah, Al-Nur, Ayat: 63). 
ERTI PATUH KEPADA ALLAH DAN RASULULLAH

Tidak boleh mengikuti perkataan orang begitu saja, tapi mestilah anda selalu memeriksa apakah orang yang menyuruh anda melakukan sesuatu itu berdasarkan ajaran-ajaran Allah dan Rasul-Nya. Apabila perkataan orang itu memang sesuai dengan ajaran Allah dan Rasul-Nya, maka anda harus mengikuti perkataannya, kerana hal itu bererti bahawa anda mengikuti Allah dan Rasul-Nya, bukannya orang itu sendiri. Tetapi bila perkataannya itu tidak sesuai dengan ajaran Allah dan Rasul- Nya, maka anda tidak boleh mengikutinya kerana seorang Muslim tidak boleh mengikuti perkataan siapa pun selain yang datang dari Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam sendiri telah pulang ke rahmat-Nya, kira-kira seribu empat ratus tahun yang lalu. Perintah-perintah Allah yang disampaikan kepada beliau tersimpan dalam Al-Qur'an dan perintah-perintah beliau sendiri yang berdasarkan perintah Allah tersimpan dalam Hadith. Tetapi Al-Qur'an dan Hadith bukanlah manusia-manusia yang akan pergi ke mana-mana dan memberikan perintah. Mereka tidak boleh datang kepada anda dan memberikan perintah untuk melakukan hal-hal tertentu, dan melarang melakukan hal-hal tertentu. Dalam hal ini hanya manusia sajalah yang dapat membantu anda menyesuaikan tingkah laku anda sesuai dengan ajaranajaran Al-Qur'an dan Hadith. Kerana itu, apabila anda memang tidak memiliki sendiri Al- Qur'an dan kumpulan-kumpulan Hadith yang bersangkutan dengan masalah kehidupan anda, maka tak ada jalan lain bagi anda selain mengikuti petunjuk-petunjuk dari orang yang tahu akan kedua sumber tersebut. Tetapi anda tidak boleh mengikuti perkataannya secara membuta saja, tetapi mestilah memeriksa apakah perkataannya itu sesuai dengan Al-Qur'an dan Hadith atau tidak. Bila orang tersebut memberi bimbingan kepada anda berdasarkan Al-Qur'an dan Hadith, maka wajiblah bagi anda untuk mengikutinya. Tetapi bila perkataannya tidak sesuai dengan Al-Qur'an dan Hadith maka anda dilarang untuk mengikutinya.